Hiburan

“Adakah Jika Saya Belum Sempurna, Saya Tak Layak Untuk…” - Diana Danielle

gempak
Asyikin Mayudin
19/11/2024
01:25 MYT
Sponsor Banner
“Adakah Jika Saya Belum Sempurna, Saya Tak Layak Untuk…” - Diana Danielle
Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan wanita tidak menutup aurat namun tetap menunaikan ibadah solat.

Dekat dengan Allah

Menerusi perkongsian di platform Thread, Diana berkata solat merupakan amalan rohani yang mendekatkan diri seseorang itu dengan Allah.

“Kenapa perlu pelik bila orang tak bertudung bagitahu mereka solat? Kan setiap orang ada ujian berbeza. Solat tanda kesedaran untuk berubah dan menjadi lebih baik.

“Berdosa atau tidak, lebih baik kita teruskan amalan rohani sebab mendekatkan diri dengan Allah tak pernah akan jadi perkara yang sia-sia,” kongsinya.

Reaksi pertama netizen

Diana turut berkata dia melihat banyak reaksi pertama netizen yang mengaitkan aurat selepas perkongsiannya mengenai solat menjadi sumber kekuatannya.

“Sejak saya berkongsi bahawa solat adalah sumber kekuatan saya, reaksi pertama sering kali, ‘tutup aurat dulu’. Adakah jika saya belum sempurna, saya tak layak untuk solat?

“Jangan kaitkan kesempurnaan dengan amalan. Setiap orang sedang bergelut dengan diri sendiri dan berjuang melawan ‘nafsu’ masing-masing. Yang penting, kita semua sedang berusaha ke arah kebaikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima Apa Saja Keputusan Mahkamah, Diana Danielle Dapat Kekuatan Daripada Allah & Orang Sekeliling - “Saya Hanya Fokus Pada Solat”

ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Puteri Sarah Terkejut Akui Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Diana Danielle Berlalu Pergi Tanpa Penjelasan, Anggap Peguam Sudah Beri Jawapan Relevan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Boleh Hidup Bersama, Tiada Persefahaman & Berlaku Shiqaq Punca Diana Danielle Nekad Nak Cerai

“Elak rendahkan sesiapa yang sedang cuba berubah,” ujarnya.

Tak kisah

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun ini memberitahu dia tidak pernah kisah dengan kata-kata netizen namun hanya berasa pelik dengan cara pemikiran orang yang hanya menilai dari penampilan.

“Bukan saya kisah apa orang cakap, saya lebih pada pelik dengan cara orang berfikir. Seolah-olah yang boleh buat amalan rohani ni orang-orang yang dah sampai satu tahap atau penampilan saja.

“Kita-kita tak layak sebab masih ‘bergelumang’,” katanya lagi.
Sebelum ini, Diana memberitahu dia lebih selesa meluahkan segala yang dipendam ketika menunaikan solat selain ia juga memberi ketenangan dalam hidupnya.
Sentiasa untuk positif, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson ini juga memberitahu dia mendapat kekuatan dalam diri daripada Allah dan orang sekelilingnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024