Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Normah Damanhuri Boleh Tanggal Tudung Tapi Kena Pakai Wig, Akui Ada Rasa Segan Bawa Watak Gedik-Gedik Manja!

Amri Hassan 16/05/2022 | 23:55 MYT

Pelakon utama filem Tiga Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri bersedia dengan pandangan penonton terhadap penampilannya yang berambut palsu dalam naskhah terbabit.

Jelas Normah, 68, keputusannya untuk menyarung rambut palsu (wig) dipersetujui bersama dengan pengarah, Hyrul Anuar menerusi perbincangan sebelum memulakan penggambaran.
"Imej saya dalam filem itu memang saya sendiri yang cakap dekat Hyrul nak pakai wig (rambut palsu). Tak ada la sampai nak free hair.
"Sebab saya rasa pakai wig masih okay lagi… itu saja limit yang saya boleh berikan. Tak apa la, orang nak cakap apa, cakap la… biarlah," ujarnya.
Normah ditemui ketika majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya baru-baru ini.
Filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Rosnah Mat Aris, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.
Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu menampilkan sisi lakonan berbeza Khatijah, Normah dan Raja Azura.
Berkongsi mengenai watak sebagai Rohayu, Normah mengakui pada mulanya terbit rasa segan untuk melakonkan aksi manja dan sedikit gedik.
"Bagi saya, benda (aksi manja) itu untuk tayangan… jadi kita ada la rasa malu dan rasa macam ‘okay ke ini, boleh ke ini’. Ada la rasa macam itu.
"Tapi saya memang dibantu oleh mereka. Memang la gedik sikit-sikit itu ada, ikutkan watak saya memang begitu, manja sikit-sikit tu ada.
"Cuma mereka bantu lagi, Insya-Allah menjadi la (watak)," tambahnya.
Sementara itu, ulas pengarahnya, Hyrul Anuar, dia sendiri telah berbincang dengan semua pelakon dalam filem Tiga Janda Melawan Dunia mengenai had dan batas sebelum memulakan penggambaran.
"Setiap pelakon saya tanya 'sejauh mana saya boleh sentuh?'. Mak Normah kata dia boleh tanggal tudung tapi dia kena pakai wig.
"Mak Khatijah kata dia boleh dedahkan leher dia. Bayangkan komitmen anak seni ini dahsyat demi menghiburkan orang. Saya orang bertuah dapat bekerja bersama mereka.
"Sebab itu saya nak semua orang hargai kraf lakonan mereka. Kalau bukan kita siapa lagi?" jelasnya.

#pelakon #Viral #Normah Damanhuri #Wig #Rambut Palsu #Tiga Janda Melawan Dunia #Hyrul Anuar
;