Hiburan
Norman Hakim Sampai Jilat Pinggan Makan Masakan Isteri, Netizen Pula Minta Memey Suhaiza Buka Kedai – “Sedap Sangat Tu”
Perkongsian pelakon Memey Suhaiza mencuri perhatian apabila menyediakan juadah makan malam kepada suaminya yang juga aktor, Norman Hakim, baru-baru ini.
Menerusi muat naik di Instagram (IG), Memey berkongsi rakaman video yang memaparkan dia memasak ayam grill.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah, Norman dengan sungguh selera menjamah makanan tersebut.
Norman Sampai Jilat Pinggan
Malah, pelakon drama The Maid itu turut menjilat jari dan pinggan menunjukkan air tangan isterinya itu sedap.
Di ruangan kapsyen, Memey turut berkongsi resipi dan cara penyediaan menu tersebut.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu.
Rata-ratanya memuji Memey sangat kreatif dalam menyediakan masakan malah meluahkan rasa teruja dengan meminta resipi.
“Dah boleh buka restoran Memey Suhaiza ini semua menu dia berhias dah macam hotel dah,” komen seorang netizen.
“Suka tengok Memey masak sangat kreatif boleh tiru,” puji netizen.
“Masya-Allah saya terliur, kalau buka kedai makan saya hadir,” komen netizen lain.
“Bahagianya bila suami makan sampai menjilat pinggan, sedap sangat tu” tulis warganet lain.
Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Sebelum itu, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Danisha Hakim.
Dalam perkembangan lain, Norman Hakim juga bakal menyertai pertandingan kecergasan, REDLINE Fitness Games pada 13 hingga 14 Julai ini di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).
Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut, sila layari laman web, Instagram, dan Facebook REDLINE.