,
Gaya Hidup

REDLINE Fitness Games Kini Kembali, Norman Hakim & Danish Antara Peserta Bakal Berentap!

Gempak
09/07/2024
18:25 MYT
Selepas mencipta kejayaan tahun lalu, REDLINE Fitness Games sekali lagi bakal memberikan pengalaman yang lebih menggembirakan buat peminat kecergasan menerusi semangat pertandingan.
REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang menjalinkan kerjasama dengan Rakan Muda itu adalah satu inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan untuk mendorong warga Malaysia ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
Inisiatif ini disaksikan oleh Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, pada Hari Belia Negara tahun ini. Kolaborasi ini menunjukkan komitmen daripada semua pihak untuk memupuk komuniti belia yang kuat dan menggalakkan gaya hidup aktif.
Di majlis pelancaran kerjasama tersebut pada Hari Belia Negara, REDLINE dan Rakan Muda telah memperkenalkan beberapa siri pertandingan kecergasan interaktif dan sesi motivasi yang dipimpin oleh pakar-pakar kecergasan terkemuka.
Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menginspirasi peserta muda agar mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif dan menjadi asas bagi inisiatif yang sedang dilaksanakan, menjadikan aktiviti kecergasan dan kesejahteraan dapat dinikmati oleh semua golongan belia, tanpa mengira latar belakang sosio-ekonomi mereka.
"Kerjasama dengan Rakan Muda menandakan satu langkah ke hadapan yang penting untuk REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN tahun ini.
"Penglibatan mereka amat penting dalam memperkaya program kami, memungkinkan kami berhubung dengan lebih baik dan memberi inspirasi kepada golongan belia Malaysia.
“Ini mencerminkan dedikasi bersama kami untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan dalam kalangan belia, yang penting bagi pembinaan komuniti yang kuat dan aktif," kata Callum Meehan, Pengarah Acara REDLINE.
Lebih meriah, REDLINE Fitness Games kali ini turut menampilkan aktor bertubuh sasa, Norman Hakim dan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim.

BERITA TRENDING: Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”

BERITA TRENDING: #GempakWrapped2022: Hael Husaini & Meerqeen Antara Selebriti Paling Kacak, ‘Hot Daddy’ Norman Hakim & Hariz Hamdan Makin Sado Tahun Ini

BERITA TRENDING: “Pandemik, Tempat Belajar Tenggelam..” - Selepas Hampir 2 Tahun, Norman Hakim Bangga Anak Dapat Lesen Memandu

Di Instagram (IG), Norman kekal aktif apabila sering memuat naik perkongsian dia membuat latihan kecergasan bagi memburu misi kali ini.
Tidak kurang juga buat Danish apabila dia menyifatkan penyertaannya dalam REDLINE kali ini adalah acara kecergasan terbesar yang disertainya.
Malah, Danish turut berasa bertuah kerana memegang status peserta termuda dan paling berkarisma.

BERITA TRENDING: Netizen Sejuk Hati Lihat Abby Abadi, Norman Hakim, Memey & Marissa Berkumpul Bersama

Bagi menyemarakkan lagi inisiatif ini, NISSAN telah mengumumkan satu berita yang mengujakan untuk acara utamanya pada bulan Julai: hadiah sebuah kereta NISSAN Navara Pickup Truck.
Seperti tahun sebelumnya, hadiah utama ini sangat diminati dan bertujuan untuk mendorong warga Malaysia agar meneruskan latihan dan meningkatkan tahap kecergasan mereka.
REDLINE dan NISSAN turut bekerjasama dengan Sokong untuk membantu Yayasan Chow Kit, sebuah pusat krisis 24 jam yang juga bertindak sebagai persinggahan untuk kanak-kanak dan remaja yang berisiko.
REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN yang bakal berlangsung pada 13 hingga 14 Julai ini di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) itu dijangka menjadi pertandingan kecergasan terbesar dalam sejarah Asia Tenggara.
Untuk pendaftaran dan informasi lebih lanjut, sila layari laman web, Instagram, dan Facebook REDLINE.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Tak Selesa Dipanggil ‘Anak Abby’ Atau ‘Anak Norman’, Danish Hakim Tampil Mohon Maaf  - “Sebenarnya Saya Hanya Update Spontan"

gempak
17/10/2024
08:55 MYT
Menurut anak sulung kepada kedua pelakon itu, hantaran yang dibuatnya itu dilakukan secara spontan.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
BorakSeeni