Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Nurel Baharin Kongsi Keunikan Sambutan Raya di Sarawak - “7 Hari Raya Kami Akan Pakai Baju Raya Fullset”

Umirah Halim 11/04/2024 | 06:00 MYT
Selebriti baharu, Nurel Baharin berkongsi keunikan sambutan Syawal di kampung halamannya, Sarawak.

Budaya Sarawak

Menurut Nurelyana Baharin atau Nurel, masyarkat di Sarawak akan menggayakan busana perayaan sepanjang minggu pertama sambutan Syawal tersebut, walaupun untuk keluar ke pusat beli-belah.
“Kalau dekat Sarawak memang culture begitu 7 hari raya kami akan pakai baju raya full set.
“Walaupun nak pergi mall ke untuk tengok wayang raya ketiga, mesti akan pakai baju kurung full set dengan sampin sekali.
“Takde yang pakai baju melayu bawah ada jeans,” kongsinya.

Nurel tak beli 7 pasang baju

Bagaimanapun, menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia tidak akan membeli 7 pasang sekaligus pada setiap sambutan Syawal dan hanya sekadar membeli 3 ke 4 pasang baju.
“Tapi saya takkan beli 7 pasang, kalau raya kebiasaannya saya akan beli 3 atau 4 pasang.
“Selebihnya saya akan pakai mana baju raya yang dah ada, recycle sahaja,” tambahnya.

Terima 'sponsor' baju

Sementara itu, Juara Demi Remaja 2023 itu turut berkongsikan sambutan Syawalnyanya pada tahun ini agak berbeza kerana telah terima banyak tajaan untuk baju raya.
“Tiada perbezaan sangat, saya memang Raya dan buat open house macam biasa je kat Sarawak.
“Cumanya, alhamdulilah, raya tahun ini, bezanya pada tahun ini saya dapat banyak sponsor baju kurung,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Nurel berjaya merangkul gelaran Juara Dewi Remaja 2023 sekali gus menjadi gadis Sarawak pertama menerima gelaran tersebut mengalahkan 10 peserta yang lain.

Berita Trending: Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga…

Berita Trending: Akui Kembali Free Hair, Fatiya Latiff; "Saya Dah Jumpa Diri Saya"
#Raya #Sarawak #Baju #Pakai #7 #Baharin #Nurel #Seminggu
;