• Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Login
  • Login
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
VIRAL
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
HIBURAN
Rapper Hentikan Konsert, Marah Peminat Bawa Bayi: “Anda Bawa Macam Patung”
  • TERMS
  • PRIVACY

Copyright © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

GAYA HIDUP

Oh! Rupanya Ini Makna Doodle Khas Merdeka Google…

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
01/09/2019
01:09 MYT
Sponsor Banner
Oh! Rupanya Ini Makna Doodle Khas Merdeka Google…
Menjelang hari kemerdekaan baru-baru ini enjin carian terbesar dunia, Google, mendedikasikan doodle khas Merdeka untuk semua penggunanya di Malaysia.
Agaknya mengapa Google memilih bunga raya dan sulaman songket sebagai subjek doodle tersebut?
Menurut Google Malaysia, sebaik sahaja pembentukan negara selepas diumumkan merdeka 62 tahun lalu, Malaysia mengangkat bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
Seni doodle kali ini membangkitkan bunga raya di celah sulaman songket tradisi Melayu yang menjadi kain hiasan golongan bangsawan dan kerabat diraja.
Tambahnya, gubahan bagai Jalur Gemilang turut disertakan bagi menambah nilai patriotik yang kini gah di kebanyakan bangunan utama di seluruh negara.
Malah, Google Malaysia turut berkongsikan dua draf terdahulu doodle Merdeka untuk tahun ini sebelum membuat pilihan terakhir yang menjadi bualan pengguna di seluruh negara. Ini bukan pertama kali Google mendedikasikan doodle khas untuk Hari Kebangsaan Malaysia, kali pertama ia diterbitkan pada 2007.
Motif bunga raya sebagai juga pernah digunakan dalam doodle Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012 dan 2014.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
#Doodle
#Google Malaysia
#Merdeka
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement