Sukan
Olimpik Paris 2024: Aniq Kasdan Pecah Rekod Kebangsaan, Hanya 1 Kilogram Pisahkan Dengan Pingat Gangsa
Badang negara, Aniq Kasdan, hanya dipisahkan satu mata daripada memenangi pingat gangsa dalam acara angkat berat 61 kilogram Sukan Olimpik Paris 2024 di South Paris Arena.
Gagal Raih Gangsa
Atlet kelahiran Johor itu melakukan angkatan terbaik 130kg dalam snatch untuk menduduki tangga keempat.
Dia kemudian bermula baik apabila melakukan angkatan 167kg dalam percubaan pertama clean and Jerk, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 297.
Bagaimanapun, wakil Amerika Syarikat, Hampton Morris, yang sekadar melakukan 126kg dalam snatch, bangkit mengangkat 172kg dalam percubaan kedua clean and jerk, sekali gus memintas kedudukan Aniq.
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Henjutan Terakhir Bawa Azizulhasni Ke Pusingan Kedua, Cipta Rekod Baharu Kebangsaan
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah Sabri Layak Ke Separuh Akhir
BERITA TRENDING:Anak Perempuan Pengasas Apple, Steve Jobs Bercinta Dengan Pemenang Pingat Emas Olimpik Paris 2024
BERITA TRENDING:Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus Terkandas Repechage Pusingan Pertama Pecut
Atlet negara itu kemudian cuba melakukan angkatan 174kg tetapi kedua-dua percubaan terakhirnya gagal.
Pingat emas menjadi peserta pilihan, Li Fabin, dari China dengan angkatan keseluruhan 310kg manakala wakil Thailand, Theerapong Silachai, memenangi perak dengan 303kg.
Sumber: Stadium Astro