Sukan
Olimpik Paris 2024: Apa Maksud Sebenar Isyarat Ditunjukkan Lee Zii Jia?
Selepas memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 dengan menewaskan perseorangan India, Lakshya Sen, bintang badminton negara, Lee Zii Jia, menimbulkan tanda tanya mengenai keraiannya yang di luar kebiasaan.
Maksud isyarat
Selepas kejayaan itu, Zii Jia hanya tenang meraikannya dengan dua isyarat ringkas.
Dia mengacukan jari telunjuknya di tepi kepala sambil memejamkan mata sebelum meletakkan jari berkenaan di mulutnya.
Ramai peminat di media sosial tertanya-tanya mengenai maksud isyarat itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia Ketenangan The Pocket Rocketman; Khatam Al Quran & Bawa Pulang Pingat Perak
ARTIKEL BERKAITAN: Anak Azizulhasni Awang Bangga Cerita Bapa Menang Pingat Perak Olimpik Dalam Kelas
ARTIKEL BERKAITAN: Perak Untuk Keirin Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang Tetap 'Emas' Malaysia!
ARTIKEL BERKAITAN: RM300,000 Harga ‘Jentera’ Dato’ Azizulhasni Awang & Shah Firdaus. Moga Berbaloi Dengan Kilauan Pingat Untuk Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: 10 Fakta Datuk Azizulhasni Awang; Berat Naik 10kg Sehingga Kisah Pakaian Lumba RM13 Juta
Sebenarnya, Zii Jia sudah lama mempamerkan keraian seperti itu dan ia diinspirasikan oleh Marcus Rashford, yang merupakan pemain bagi kelab bola sepak kegemarannya, Manchester United.
Perkara itu juga pernah disahkan oleh Victor Malaysia menerusi satu ciapan X pada 2023.
Bagaimanapun, isyarat kedua dengan meletakkan jari di mulutnya masih menimbulkan perdebatan tetapi ia adalah keraian biasa bagi ahli sukan dalam mendiamkan 'haters' mereka.
Ia mungkin benar berdasarkan komen yang dikeluarkan Zii Jia selepas perlawanan itu.
"Setiap pagi saya bangun, nampak macam-macam berita pasal saya. Saya tertanya-tanya apa yang saya buat salah.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku, kepada media terutamanya. Saya hanya memberitahu diri saya bahawa saya hanya akan berdiam diri, tidak kira bagaimana mereka mengaibkan saya dan bercakap apa-apa tentang saya.
"Saya hanya mahu membuktikan kepada diri saya bahawa saya memang boleh.
"Saya akan kembali lebih kuat dalam Sukan Olimpik LA 2028 dan mendapat pingat emas," katanya selepas perlawanan berkenaan.
Sekali lagi, tahniah kepada Zii Jia dan terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini.
Sumber: Stadium Astro