Sukan

Olimpik Paris 2024: Hasrat Tercapai, Lee Zii Jia Bawa Pulang Pingat Gangsa Kedua!

Umirah Halim
05/08/2024
13:57 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Hasrat Tercapai, Lee Zii Jia Bawa Pulang Pingat Gangsa Kedua!
Hasrat pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia membawa pulang kilauan pingat kedua dari Sukan Olimpik tercapai selepas menewaskan jaguh daripada India, Lakshya Sen di Porte de La Chapelle Arena sebentar tadi.

Zii Jia bangkit bertenaga

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena itu, Zii Jia yang tewas set pertama 21-13 bangkit bertenaga dua set berikutnya untuk menang 21-18, 21-11 ke atas pemain berusia 22 tahun itu.

Terdahulu, pemain No 7 dunia itu tewas di tangan juara dunia dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn 21-14,21-15 dalam aksi separuh akhir pada Ahad.

Kali terakhir pemain perseorangan lelaki negara beraksi di pentas final Olimpik adalah Lee Chong Wei.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Alat Kemaluan Terkena Palang Punca Atlet Perancis Tersingkir
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Netizen Terharu, Ucap Terima Kasih Pada Aaron Chia & Soh Wooi Yik - “Bendera Malaysia Berkibar Jua Di Bumi Paris”
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Tular Menembak Satu Tangan Masuk Poket, Yusuf Dikeç: “Itu Kerja Keras 24 Tahun”
BERITA TRENDING: Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”
Bekas pemain No 1 dunia itu beraksi di tiga pentas final Sukan Olimpik – Beijing (2008), London (2012) dan Rio de Janeiro (2016).
Bagaimanapun, beliau kalah dalam semua perlawanan itu dan membawa pulang pingat perak.
Dalam debut di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Zii Jia tewas kepada jaguh China, Chen Long di peringkat 16 terakhir.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar