Olimpik Paris 2024: Mara Ke Suku Akhir, Lee Zii Jia Bakal Lawan Sahabat Karib Sendiri, Anders Antonsen
Perseorangan negara, Lee Zii Jia, meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil tuan rumah, Toma Junior Popov, dalam aksi straight set 21-13, 24-22 Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte de La Chapelle.
Rasa sedikit tekanan
Ketika turun berdepan lawannya itu, atlet berusia 26 tahun itu mengakui bahawa dia merasakan sedikit tekanan apabila perlu menentang sorakan gemuruh daripada penyokong tuan rumah yang menyaksikan pertempuran itu.
Namun, atlet kelahiran Alor Setar itu berjaya menenangkan diri selain tidak mengeret perlawanan terlalu lama untuk menoktahkan kemenangan.
"Saya menganggap ini ialah satu penambahbaikan untuk diri saya kerana pada edisi lalu saya tewas di pusingan ke-16 dan saya mahu terus mempamerkan kehebatan sebenar untuk aksi seterusnya," katanya.
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Tewas Bermaruah & Buat Pemain Korea Selatan Lap Air Mata, Goh Jin Wei Pejuang Sejati
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia
Bakal menentang sahabat karib
Selepas ini, Zi Jia akan bertemu rakan karibnya yang merupakan pilihan keempat kejohanan dari Denmark, Anders Antonsen, dalam perlawanan suku akhir, hari ini.
"Pertemuan terakhir kami juga sangat mencabar dan saya berharap kami berdua akan melakukan yang terbaik untuk memperaga aksi memukau," tambahnya.
Sumber: Stadium Astro