Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Olimpik Paris 2024: Mewah! 10 Negara Ini Beri Ganjaran Lumayan Buat Pemenang Pingat Emas… Malaysia Turut Tersenarai

Gempak 28/07/2024 | 05:55 MYT
Di saat beribu-ribu atlet Olimpik bersaing untuk merebut tempat di podium di Paris, beberapa yang menduduki tempat teratas akan pulang dengan lebih daripada sekadar pingat emas.

Ganjaran Lumayan Menanti

Walaupun Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tidak menganugerahkan pemenang secara kewangan, ia tidak menghalang kerajaan atau organisasi negara, atau persekutuan sukan, daripada memberi insentif kepada atlet dengan wang tunai atau hadiah lain.

Dan untuk temasya kali ini, beberapa negara telah mencipta sejarah untuk melakukan perkara tersebut di Sukan Olimpik Paris.

10 Negara Tertinggi Beri Ganjaran

Di sini, Gempak senaraikan 10 negara yang memberi ganjaran tertinggi kepada setiap atlet yang merangkul pingat emas.

Hong Kong, yang bersaing secara bebas daripada China di Sukan Olimpik, menduduki tempat pertama dalam membayar lebih daripada $100,000 kepada atlet yang mengungguli podium. Wilayah itu menawarkan $768,000 untuk pemenang pingat emas.
Mengikuti senarai berikut adalah Israel dan ketiga tertinggi adalah Serbia yang akan menganugerahkan $275,000 dan $218,000, masing-masing, untuk atlet yang menduduki podium.
Sementara itu, Malaysia juga menjadi negara Asia Tenggara tertinggi iaitu sebanyak $214,000 dalam memberi ganjaran kepada pemenang pingat emas.
Pemenang pingat akan menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik yang diberikan secara bulanan sepanjang hayat.

BERITA TRENDING: Pangsapuri Mewah Bernilai RM1 Juta Menanti Pemenang Emas Olimpik

Seterusnya, Itali tidak membahagikan bonus pingatnya untuk sukan berpasukan, dengan setiap atlet menerima kira-kira $196,000 untuk emas, $98,000 untuk perak dan $65,000 untuk gangsa—sama seperti atlet sukan individu. Jika prestasi negara adalah seperti Sukan Olimpik Musim Panas yang lalu, itu boleh menjadi kumpulan bonus yang besar.

Di tangga keenam, kerajaan Lithuania membayar kedua-dua atlet dan jurulatihnya sebanyak $182,000 untuk pingat dengan menentukan angka tersebut berdasarkan "manfaat sosial asas", jumlah bulanan yang digunakan dalam pengiraan keselamatan sosial.
Moldova juga menjadi negara tertinggi memberi ganjaran dengan menawarkan sebanyak $171,000 kepada pemenag pingat emas. Pada edisi lalu di Tokyo, Moldova pernah memperoleh satu pingat iaitu gangsa dalam acara berkanu lelaki.
Latvia bermurah hati memberikan bonus kepada atletnya sehingga ke tempat keenam. Pemenang emeas akan menerima kira-kira $155,000, perak berjumlah kira-kira $93,000 dan gangsa kira-kira $56,000.
Menduduki kedudukan seterusnya, Hungary menawarkan bonus pingat emas yang lumayan iaitu sebanyak $154,000. Hungary turut menawarkan ganjaran buat pemenang pingat gangsa sebanyak $88,000.
Bulgaria melengkapi senarai 10 negara dengan ganjaran tertinggi dengan menawarkan sebanyak $139,000 kepada atlet yang mengungguli podium. Negara itu turut menawarkan $111,000 untuk perak dan $83,000 untuk gangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Dua Atlet Negara Tamat Perjuangan

ARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih Tinju Samoa Mati Mengejut Dalam Temasya Olimpik Paris 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Guna Dron Intai Latihan Lawan, Kanada Singkir Ketua Jurulatih Wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewanya, Kontinjen Malaysia Hanya Muncul 10 Saat Di TV Pada Pembukaan Olimpik Paris 2024

Sumber: Forbes

#Malaysia #Atlet #Paris #Bonus #Olimpik #Ganjaran #Pingat Emas #Paris 2024
;