Sukan

Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”

Gempak
03/08/2024
01:55 MYT
Sponsor Banner
Olimpik Paris 2024: Pentinju Itali Ingin Minta Maaf Kepada Imane Khelif - “Saya Marah Kerana…”
Petinju Itali, Angela Carini yang ‘meninggalkan’ pertarungan tinju menentang Imane Khelif dari Algeria dalam tempoh masa 46 saat ingin memohon maaf terhadap lawannya susulan cara dia mengendalikan detik-detik selepas pertarungan.
Angela berkata, dia berasa sedih atas kontroversi yang melanda selepas dia ‘menarik’ diri daripada pentas acara baru-baru ini.

Minta maaf

“Semua kontroversi ini membuatkan saya sedih.
"Saya minta maaf untuk lawan saya juga. Jika IOC berkata dia boleh melawan, saya menghormati keputusan itu,” kata Carini kepada akhbar Itali, Gazzetta dello Sport.
Carini, 25, menambah, meninggalkan pertembungan dengan Imane itu merupakan satu langkah matang untuk diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tiada Rezeki Ke Final, Netizen Tetap Ucap Terima Kasih Pada Pearly Tan & M.Thinaah - “The Best So Far! Game Mantap, Fight Sampai Habis”

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Sebagai Transgender, Kenali Petinju Wanita Kontroversi Imane Khelif

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Atlet Wanita Itali Tarik Diri, Dakwa Petinju Algeria Seorang Lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: “Perlawanan Badminton Israel Lawan Nepal disiarkan Secara Tidak Sengaja”- RTM

Namun, dia menzahirkan rasa kesal kerana tidak bersalaman dengan Imane selepas itu.

"Ia bukan sesuatu yang saya ingin lakukan.

"Sebenarnya, saya ingin meminta maaf kepada dia dan semua orang. Saya marah kerana Olimpik saya sudah gagal secara keseluruhan,” katanya lagi.
Angela turut memberitahu yang dia ingin bertemu semula dengan Imane dan memeluknya.
Dia menambah bahawa jika dia bertemu Khelif lagi, dia akan "memeluknya".
Terdahulu, kecoh di media sosial dengan dakwaan yang mengatakan Imane merupakan atlete transgender yang dibenarkan bertanding dalam acara wanita.
Hakikatnya, Imane sentiasa bertanding dalam acara wanita dan diiktiraf oleh IOC sebagai atlet wanita.
"Petinju Algeria itu dilahirkan sebagai wanita, wanita berdaftar, menjalani hidupnya sebagai wanita, bertinju sebagai wanita, mempunyai pasport wanita," kata jurucakap IOC Mark Adams pada hari Jumaat.
Sementara itu, presiden IBA Umar Kremlev berkata, organisasinya akan menawarkan Carini AS$100,000 (RM450,276) sebagai hadiah yang ditawarkan kepada pemenang pingat emas pada temasya tersebut.
Wang itu akan dibahagikan dengan separuh kepada petinju, suku kepada jurulatihnya dan suku kepada persekutuannya
Sumber: BBC
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar