Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Olimpik Paris 2024: Perjalanan Izzah Izzati Dalam Acara Pecut Berakhir

Gempak 09/08/2024 | 14:22 MYT
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri, tewas dalam pusingan repechage acara pecut individu wanita saingan Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional, Perancis sebentar tadi.

Saingan sengit

Dia menamatkan repechage di kedudukan kedua walaupun telah memberikan saingan sengit untuk mengejar tetapi pusingan itu dimenangi oleh wakil dari Kanada, Lauriane Genest, dengan catatan masa 10.986 secara keseluruhannya.
Manakala, Riyu Ohta dari Jepun berada di kedudukan ketiga.

Sebelum ini, Nurul Izzah Izzati Asri, terpaksa akur selepas terkandas dalam pusingan kedua acara pecut individu wanita saingan Sukan Olimpik Paris 2024.

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tular Menembak Satu Tangan Masuk Poket, Yusuf Dikeç: “Itu Kerja Keras 24 Tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia, Tom Craig Ditahan Beli Dadah

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Paris 2024: Tewas Tetapi Boleh Berlumba Lagi? Ini Maksud Repechage Dalam Acara Berbasikal

Walaupun Izzah Izzati mengikut wakil Great Britain itu dari belakang namun selepas loceng dibunyikan terlihat sukar untuk dia mengejar pemenang pingat emas acara pecut berpasukan itu dengan catatan masa 10.886 saat.
Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini.
Sumber: Stadium Astro
#Berbasikal #Olimpik #pecut #Izzah #berakhir #izari
;