Laman Utama

'Orang Lain' Tampilkan Kolaborasi Penyanyi Tiga Negara

Asraf Aided
30/06/2021
01:20 MYT
Sponsor Banner
'Orang Lain' Tampilkan Kolaborasi Penyanyi Tiga Negara
Kolaborasi menghasilkan lagu antara penyanyi berlainan negara bukanlah perkara baru, namun ia sememangnya mempunyai kelebihan dalam pelbagai aspek.
Terbaru, penyanyi yang sedang mencipta nama di Indonesia, A. Nayaka berkolaborasi bersama dua nama dari Malaysia dan Singapura iatu SonaOne dan YHB Sleepsalot menerusi single Orang Lain.
Bercerita mengenai pembikinan Orang Lain, Nayaka menggarap sebahagian besar lagu ini sementara proses mixing dilakukan oleh SonaOne.
“Saya menggarap sebahagian besar aspek lagu ini. Mixing dibuat oleh Sona, manakala mastering dibuat oleh saya dengan bantuan rakan sekerja.
"Saya membuat cover art dengan seorang rakan lain, begitu juga dengan video liriknya. Sebenarnya saya gembira kerana tidak banyak pihak ketiga yang terlibat dalam projek ini, kerana ia memberi peluang kepada saya untuk benar-benar terlibat dalam semua aspek.
"Mungkin ini adalah projek pertama di mana saya terlibat dalam hampir semua perkara," katanya.
Menurut SonaOne pula, salah satu keistimewaan lagu ini adalah bahasa yang menyatukan mereka, kerana masing-masing berasal dari negara berbeza namun boleh berkomunikasi menggunakan bahasa sama.
"Antara perkara menarik mengenai lagu ini adalah bahasa yang menyatukan kami.
"Walaupun kami berasal dari negara berbeza, namun kami boleh berkomunikasi dengan bahasa yang sama, ia ada kaitan dengan tajuk Orang Lain itu sendiri," katanya dalam sidang media virtual mempromosikan lagu itu petang tadi.
Menariknya, Orang Lain kini berada di #31 carta playlist Spotify Viral 50 Malaysia.
Selain itu, lagu ini juga mendapat sambutan hangat menerusi platform TikTok, jangan lupa dengarkan atau tonton video lirik di platform digital sekarang!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar