Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Orang Tu Ke Bagi Rezeki Dekat Saya?- Baby Shima Anggap Kecaman Sebagai Ujian, Mahu Terus Perjuang Dangdut

Mya Amri 13/09/2023 | 00:55 MYT

Penyanyi dangdut, Baby Shima menganggap kecaman netizen sebagai salah satu ujian apabila bergelar anak seni.

Namun Shima bagaimanapun memohon maaf sekiranya ada yang kurang selesa melihat persembahannya di konsert Hausboom Music baru-baru ini.

“Saya baru sahaja dapat tahu persembahan itu tular. Menari bergelek itu memang sinonim dengan genre dangdut yang saya bawakan.

“Kalau ramai yang kurang selesa saya minta maaf, mungkin boleh skip video-video berkenaan saya. Sesiapa pun tidak suka kena kecam tapi itu semuanya cabaran bagi saya.

“Saya nak perjuangkan genre dangdut ini di negara ini sehingga suatu hari nanti Malaysia tidak perlu panggil artis dangdut dari luar negara untuk buat konsert,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mengulas mengenai persembahannya pada masa akan datang, Shima berkata dia akan terus melakukan yang sama seperti biasa iaitu genre dangdut.

“Kenapa nak tone down? Dia orang yang kecam tu semua ke yang bagi rezeki dekat saya? Semoga cepat masuk syurga.

“Saya pun tak faham dengan komen negatif ini, ada ramai lagi artis lain dedahkan pusat dan berjoget terkinja-kinja, tetapi Shima yang selalu dikecam,” luahnya.

BACA: Baby Shima Respons Aksi Gelek Di Konsert - "Gelekan Itu Biasa Saja"

Terdahulu, aksi gelek Shima ketika membuat persembahan di Konsert Hausboom Music yang berlangsung baru-baru ini mengundang kecaman daripada netizen.

Namun Shima bagaimanapun menganggap aksinya itu tidak keterlaluan dan malah dia gembira melihat penonton yang hadir turut terhibur dengan persembahannya.

#Konsert #Dangdut #Isu #Baby Shima #Kecaman #Hausboom #Gelek #Hausboom Music #Hausboom Music 2023
;