,
Laman Utama

Baby Shima Respons Aksi Gelek Di Konsert - "Gelekan Itu Biasa Saja"

Asyikin Mayudin
12/09/2023
00:50 MYT
Aksi gelek penyanyi Baby Shima ketika membuat persembahan di Konsert Hausboom Music yang berlangsung baru-baru ini mengundang kecaman daripada netizen.
Shima bagaimanapun menganggap aksinya itu tidak keterlaluan dan malah dia gembira melihat penonton yang hadir turut terhibur dengan persembahannya.
“Saya rasa, gelekan saya itu tidaklah melampau dan biasa saja. Lagipun, penonton yang hadir pun terhibur dengan persembahan saya.
“Kalau tengok video yang saya kongsikan di Instagram saya pun, semua penonton terhibur… tak ada pula yang rasa tak puas hati.
“Mungkin yang kecam itu kena datang tengok persembahan saya, baru mereka tahu gelekan itu biasa saja untuk nyanyian dangdut,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Shima berkata apa sahaja yang dilakukan pasti tidak kena di mata segelintir netizen.
“Ikutkan saya buat apa saja pun, mesti ada yang rasa tak puas hati. Sebelum ini, saya buat persembahan secara berdiri tegak pun kena kecam, saya pakai baju sopan pun kena kecam.
“Tapi buat macam mana, mulut netizen ni kita tak boleh nak tutup,” ujar Shima lagi.
BACA SINI: "Maaf Semua, Tak Jadi Nak Bertanding"- Baby Shima Propa?
BACA SINI: [VIDEO] Baby Shima Kecewa Dikecam Selepas Tampil Dengan Imej Sopan - “Ramai Claim Pakai Tudung Sebab Kena Maki”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Da’i Fuad Bidas Dakwaan Baby Shima, Siap Tunjuk Bukti Dah Tegur Da’i Syed - “Saya Tak Menegur Dalam Keadaan Berkiblatkan Mana Kawan, Mana Lawan”

gempak
02/09/2024
02:52 MYT
Pendakwah, Da’i Fuad tampil menjawab teguran penyanyi, Baby Shima yang mendakwa dirinya pilih kasih dalam memberi teguran terhadap agamawan.
Hiburan

Baby Shima Selar Tindakan Pendakwah Bebas Membisu Bila Kes Libatkan ‘Geng’ Sendiri - “Semua Senyap Sunyi Masuk Dalam Gua…”

gempak
01/09/2024
21:55 MYT
Tindakan pendakwah bebas Da'i Fuad meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa rakannya iaitu Da'i Syed mendapat perhatian penyanyi Baby Shima.
Hiburan

Shima Sudah Tiga Tahun Tidak Bertudung, Ikut Nasihat Doktor - "Saya Bukan Saja-Saja"

gempak
16/07/2024
07:14 MYT
Penyanyi yang popular menerusi lagi Teringin, Shima mendedahkan dirinya sudah tiga tahun tidak berhijab.
Hiburan

3 Kali Tangguh, Penganjur Nekad Teruskan Konsert Milenia, Tawar Diskaun 50% - "Saya Tak Mahu Dilabel Scammer"

gempak
24/01/2024
11:09 MYT
Konsert Milenia 2024 Live in Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 27 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur.
Laman Utama

Pernah Kena 'Cuit', Baby Shima Sindir Zhiddin Aziz 'Terpaling Ikon'!

gempak
17/11/2023
01:55 MYT
Perang balik!
Unitar