Laman Utama
“Organ Dalam Dah Terjejas”- Menetap Di Australia, Wardina Bimbangkan Ibu & Bapa Mertua Positif Covid-19 Di Malaysia
Bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah yang kini sekeluarga menetap di Australia akui bimbang akan keadaan ibu dan bapanya yang kini menghidap penyakit Covid-19 di Malaysia.
Menurut Wardina, bapa mertuanya, Johari Abdullah kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan mengalami masalah organ dalaman.
“Ayah dan ibu mertua saya disahkan positif Covid-19. Ayah suami sudah beberapa hari di wad HKL dan doktor-doktor juga jururawat di sana sangat baik dan rasanya tak mampu nak balas jasa mereka.
“Organ dalaman Daddy (bapa mertuanya) sudah sedikit terjejas akan tetapi kami berdoa beliau (Johari Abdullah) beransur pulih seperti sedia kala,” katanya.
Wardina berkongsi perkara tersebut di InstaStory akaun Instagram miliknya.
Pun begitu, ibu mertuanya baru sahaja dimasukkan ke hospital yang sama selepas kuarantin di rumah.
“Terima kasih jururawat dan doctor jaga ibu mertua saya di wad 22 HKL.
“We know how tired and overwhelmed all of you are. Moga Allah balas jasa dan kebaikan kalian,” katanya lagi.
Wardina dan suami serta tiga orang anaknya berpindah ke Brisbane, Australia sejak tahun 2014 kerana ingin menyambung pengajian di sana.