Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“P Toys R Us Tak Heqan… Dia Qeyau Nak Qantai” – Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Dhia Rana

Mya Amri 05/07/2019 | 07:54 MYT
Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana ketika dibawa ke kedai mainan.
Che Ta berkongsi momen tersebut menerusi posting terbaru di laman Instagramnya semalam.
Menurut Che Ta, Aaisyah tidak begitu menggemari barang permainan sebaliknya lebih tertarik dengan perhiasan.
“Bawa dia p toys r us, tak heqan pun nak beli apa. Dia ikut kami p @habibjewelsofficial, dia qeyau nak qantai… Mati la nak, tak boleh keqap-keqap bawak dia p @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada.
“By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq… Dia suka, dia minat, dia mau apa yang dia nampak depan mata.
“Kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku, subang sampai ke bau, memang tu yang dia mau!
“So, please tak payah nak dok komen macam-macam. Orang lain cara pun lain… Jangan ingat orang lain pun macam kita. Cara masing-masing berbeza. #takdakbendanakkomensimpanjaritu,” kongsinya.

Bawak dia p toys r us , tk heqan pun nk bli apa.. dia ikut kami p @habibjewelsofficial , dia qeyau nak qantai .. mati la nak?‍♀️?‍♀️ tak boleh keqap2 bawak dia p @habibjewelsofficial #guguqbuluyangdokada . . Btw Kesukaan budak2 bkn kita yg mengajaq.. dia suka , dia minat, dia mau apa yg dia nmpak depan mata .. kalau dh celik mata nmpak mak dia pakai gelang sampai ke siku , subang sampai ke bau , mmg tu yg dia mau ! . So pls tk payah nk dok komen mcm2.. org lain cara pun lain.. jgn ingat org lain pun mcm kita.. cara masing2 berbeza ? . . #takdakbendanakkomensimpanjaritu

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Posting Che Ta tersebut mendapat pelbagai reaksi positif pengikut Instagramnya.
“Betul sangat, dah minat dia. Rezeki mak nya boleh bling-bling kan anak apa salahnya... Jangan nak kecam sangat lah... Comel apa Aaisyah pakai emas. Anak kita cara kita... Anak Che Ta biar lah cara dia pula,” komen @elisnadmie
“Sambil melawa sambil pelaburan akan datang apa salahnya. Kita mampu dari perabih mainan bukan-bukan elok beli emas,” tulis @hanaliza_jot
Terdahulu, Che Ta bernikah dengan pelakon Zain Saidin pada 11 Disember 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan kehadiran anak perempuan, Aaisyah yang dilahirkan pada 1 November 2014.
#pelakon #Aaisyah Dhia Rana #Che Ta #Pelakon
;