Berita

Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!

ZULHILMI JALIL
23/08/2020
23:49 MYT
Sponsor Banner
Padah Buat Rawatan Estetik Tak Bertauliah, Muka Safiey Illias Bengkak Bernanah!
Usahawan kosmetik popular, Safiey Illias mengalami masalah pembengkakan pada bahagian muka selepas dipercayai mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.
Menurut Safiey, keadaan wajahnya itu semakin membimbangkan apabila bahagian pipinya sudah mula bernanah selain menjejaskan kesihatannya.
Ekoran situasi itu, katanya, dia kemudian terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik estetik.
"Doktor cakap ada nanah. Dia marah buat apa dulu dekat muka. Biasalah masa tu bulan 11 tahun lepas gatal nak buat di rumah dan macam-macam lagi.
"Ke sebab buat lesung pipit hari itu? Entahlah pening nak ingat, Jangan buat sembarangan dengan orang yang buat rawatan estetik lagi-lagi rumah ke rumah," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam posting tersebut, Safiey turut berkongsi keadaan wajahnya yang baru selesai menjalani satu prosedur pembuangan nanah pada bahagian pipinya.
"Muka ada satu, tak ada duit kumpul. Ada duit mahal pun tak apa janji kita buat dengan doktor pakar bukan doktor segera tak ada sijil LCP (Letter of Credentialing and Privileging)
"Ini hampir berapa milimeter nanah disedut guna jarum besar dekat pipi ratu yang bengkak tu. Ada lagi nanah, jadi tiga hari lagi akan sedut buang lagi guna jarum dan picagari," ceritanya.
Alhamdulillah . Tq @drshaharom selamatkan nyawa ratu . Ratu igt x dpt dah jumpa shuben tadi . Doc cakap ada nanah . Dia marah buat apa dulu dkt muka ?? Beselah masa tu bulan 11 tahun lepas gatal nak buat dkt rumah and so on . Padahal dh kenal Dr shah lama dah . . . Ke sebab buat lesung pipi haritu ? Entah lah pening nak ingat . Jangan lah buat sembarangan dgn orang2 yg buat rawatan estetik lagi2 rumah ke rumah . Belambak dkt IG ni sebab tu saya xpernah ambik paid review untuk rawatan/khidmat berkenaan . . . Muka ada 1, tak ada duit kumpul. Ada duit mahal pun tak apa janji kita buat dengan doktor pakar bukan doktor segera tak ada sijil LCP ??? . . So ni hampir berapa ml nanah disedut guna jarum besar dekat pipi ratu yang bengkak tu . Ada lagi nanah so 3 hari lagi akan sedut buang lagi guna jarum dan picagari . . . Korang semua beware . Ada ke yang terkena mcm Ratu ? Cuba share pengalaman pahit korang ??? so no YOUTUBE VIDEO 1 minggu . Hmmmm . . #Sofeaestetik #perhhhperamm #syintagila #tvsyintagila #ratusemestaalam #glasskinz #takkosongyee #awastakkosong #isabellamaradonna #hujunghujungsis
A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on
Terdahulu, dalam satu posting berasingan, Safiey turut menjelaskan keadaan tersebut sudah berlarutan selama tiga hari sebelum dirinya pergi mendapatkan rawatan.
"Pipi ratu bengkak dah tiga hari. Apa yang terjadi?! Ni mesti kes doktor tak bertauliah punya prosedur haritu. Bantu saya. Badan nak demam.
"Kalau surut tak turun esok, ratu kena bedah sebab takut bengkak di muka tu bernanah dan serang saraf otak," katanya.
Begitupun, entri tersebut menerima banyak kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan ia akibat yang perlu ditanggung atas perbuatan mengubah ciptaan-Nya.
"Pulanglah ke pangkal jalan. Itu teguran dari Allah. Itu baru sikit.
"Lesung pipit tu tanam benang kan. Barangkali jangkitan di benang, buatlah lagi.
"Ubah sana ubah sini, hujung-hujung muka jahanam. Tak jadi ratu, jadi kutu," komen sebahagian warganet.
Sebelum ini, usahawan tersebut juga pernah mencuri tumpuan umum apabila menjalani prosedur mengecilkan pipi.
BACA: Raut Wajah Ditegur Pelik, Safiey Illias Bakal Kecilkan Pipi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar