Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Padah 'Hina' Pelajar Tiada Laptop & B40, UiTM Ambil Tindakan Terhadap Profesor! - “Bertegas Untuk Tidak…”

Hanafis Haris 30/03/2022 | 06:00 MYT
Kontroversi membabitkan seorang profesor yang didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 menjadi semakin serius apabila mendapat perhatian Universiti Teknologi MARA (UiTM) sendiri.
Menerusi kenyatataan rasmi dikeluarkan pihak universiti, Naib Canselor Prof. Datuk Ts. Dr Roziah Mohd Janor menjelaskan, pihak universiti telah meneliti isu tersebut dan mengambil tindakan pantas dan sewajarnya terhadap pensyarah berkenaan.
Menurutnya, UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya, khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif.
“UiTM juga bertegas untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja mahupun tidak.
“Kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti.
“Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru, segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM.
"UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
“Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelaiar, bantuan daripada pusat zakat serta dari pihak alumni,” katanya.
Tambahnya, beliau menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran.
“Dalam merealisasikan keberkesanan bagi pelaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian yang terbaik, semua pihak perlu berganding bahu\dari semua aspek.
BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Mohon Tindakan Selayaknya!
Terdahulu, menerusi video berdurasi 1.45 minit dimuat naik di Twitter, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.
Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.
BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
#Laptop #RM800 #Hajah Roziah Mohd Janor #Pensyarah B40 #Uitm.
;