Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

Ernalisa
21/08/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Paetongtarn, PM Thailand termuda
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Ia selepas Paetongtarn menerima 319 undi menyokong dan 145 undi menentang ketika sesi undian di Parlimen Thailand, Jumaat lalu.
Dengan perlantikan ini, Paetongtarn adalah keempat daripada keluarga Shinawatra yang menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua dekad lalu.
Tiga yang lain, termasuk bapanya, Thaksin dan ibu saudara, Yingluck, sama ada digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera atau disingkirkan susulan keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Paetongtarn dilahirkan di Bangkok pada 21 Ogos 1986 dan juga dikenali sebagai Ung In dalam kalangan rakyat Thailand, adalah anak ketiga keluarga Shinawatra yang berpengaruh dan pernah berkhidmat sebagai perdana menteri.
Beliau anak paling bongsu dalam kalangan adik-beradiknya dan juga anak saudara kepada Yingluck Shinawatra yang pernah menjadi perdana menteri pada tahun 2011 dan 2014 sehingga digulingkan oleh Mahkamah Perlembagaan Thailand.
Dia juga adalah satu-satunya wanita dalam sejarah yang pernah memegang jawatan teratas di negara gajah putih itu.

BERITA BERKAITAN : Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

BERITA BERKAITAN :Baim Wong Enggan Ulas Lanjut Isu Pergolakan Rumah Tangga - "Doa Yang Terbaik..”

BERITA BERKAITAN : Siap Nak Buka Seluar Tunjuk ‘Anu’, Aliff Syukri Ketakutan Diganggu Warga Asing - “Dia Bawa Pisau..”

BERITA BERKAITAN : "Saya Minta Suami Kahwin Lain Sebab Muka Saya Tak Sempurna" - Mangsa Produk Merkuri Kongsi Derita Kulit Breakout

Dengan perlantikan ini, Paetongtarn adalah keempat daripada keluarga Shinawatra yang menjadi Perdana Menteri dalam tempoh dua dekad lalu.
Tiga yang lain, termasuk bapanya, Thaksin dan ibu saudara, Yingluck, sama ada digulingkan menerusi rampasan kuasa tentera atau disingkirkan susulan keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Pemilihan Paetongtarn dibuat hanya dua hari selepas bekas Perdana Menteri Srettha Thavisin dipecat oleh Mahkamah Perlembagaan. Thavisin didapati melantik seorang bekas peguam yang pernah dipenjarakan ke dalam Kabinetnya.
Kedua-duanya, Paetongtarn dan Thavisin adalah daripada Parti Pheu Thai, yang menduduki tempat kedua pada pilihan raya 2023, tetapi berjaya membentuk kerajaan melalui gabungan dengan parti lain.
Paetongtarn mendapat pendidikan di sekolah elit di Thailand dan di universiti di United Kingdom.
Beliau menghabiskan beberapa tahun bekerja di kumpulan hotel Rende milik keluarga Shinawatra, di mana suaminya berkhidmat sebagai timbalan ketua pegawai pelaburan.
Paetongtarn menyertai parti Pheu Thai pada 2021 dan dilantik sebagai ketua parti pada Oktober 2023.
Dia bagaimanapun dijangka menghadapi tugas sukar untuk memulihkan ekonomi Thailand dan mengelak rampasan kuasa tentera dan campur tangan mahkamah yang menumbangkan empat pentadbiran terdahulu yang dipimpin oleh partinya.
Paetongtarn mengakui bahawa beliau dia yang terbaik, mahupun yang paling berbakat.
Sumber:Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024