Laman Utama
Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek, Pekerja Restoran Cina Muslim Sekali Lagi Diserang Warganet
Jika sebelum ini tular tentang seorang pekerja Restoran Cina Muslim dipecat kerana memakai salib, kali ini netizen sekali lagi menyerang kedai tersebut kerana stafnya yang memakai songkok tetapi berseluar pendek.
Disebabkan penularan video berkenaan, seorang pengguna di Platform X meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang taksub mencari kesalahan orang lain.
BERITA TRENDING: Dipecat Sebab Pakai Salib, Netizen Bengang Dengan Si ‘Kaki Viral’ - “Takkan Orang Bukan Islam Tak Boleh Kerja…
“Aku tak faham orang yang suka memviralkan ni. Ini muslim dari China, kedai pun halal, tak pasal-pasal macam kes mamat kena pecat hanya kerana pakai lambang salib. Korang memang tak ada kerja lain ke nak buat,” tulisnya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menjengah ke ruangan balas entri, rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh individu itu.
“Dah tak nak makan situ gerak je lah, sibuk nak viral-viral kan,”
“Ni lah sebab Malaysia tak maju, mindset semua nak rakam nak jatuhkan sesama sendiri.”
Dalam pada itu, ada juga sesetengah pihak merasakan bahawa cara penyediaan makanan di restoran itu tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
“Apa tu pakai songkok dengan seluar pendek? Memang salah lah kan, korang pun tahu,”
“Cara penyediaan makanan salah! Mana boleh pakai seluar pendek!”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat 200,000 tontonan dan lebih 600 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X