Laman Utama

“Paling Sedih Bila Dia Cakap Dekat Adik-Adik…” - Anak Jalani Pembedahan, Isteri Dan Fad Mohon Doa

Mya Amri
11/02/2021
04:47 MYT
Sponsor Banner
“Paling Sedih Bila Dia Cakap Dekat Adik-Adik…” - Anak Jalani Pembedahan, Isteri Dan Fad Mohon Doa
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman mendedahkan anak lelakinya, Favian Adrazin Hayyan bakal menjalani pembebedahan.
Syahirah memaklumkan perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Syahirah, walaupun anaknya masih kecil namun dia berasa sedikit sebak melihat gelagat Hayyan yang meninggalkan pesan buat adik-adiknya.
“Told him go hug Aminah and Zayyan sebab subuh kita dah kena keluar. Bahagian paling sedih bila mommy dengaq dia cakap dengan adik-adik dia.
“Nanti semoga abang tau (semoga tu maksudnya doa). Dia keliru agaknya sebab sebelum tidoq malam selalu mommy mintak depa doa.
“Setiap kali doa mesti cakap semoga mommy daddy baik, semoga semoga semoga hahahaha dia ingat semoga tu doa la.
“Tapi comel sangat bila dia pesan nanti semoga abang okay. Doakan everything will be okay for Hayyan,” coretnya.
Sementara itu, Fad menerusi posting di akaun Instagramnya juga berharap orang ramai dapat mendoakan agar proses pembedahan berjalan dengan lancar.
“Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan untuk Hayyan. Daddy dan mommy doakan Hayyan kuat okay. Doakan anakanda saya yang akan jalani pembedahan gigi,” coretnya.
Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar