Hiburan

Panas Isu Keganasan Rumah Tangga, Mimi Lana Tak Takut Berkahwin - “Saya Doakan Jika Kahwin Nanti Allah Permudahkan”

Khairil Khusyairi
14/12/2024
07:50 MYT
Sponsor Banner
Panas Isu Keganasan Rumah Tangga, Mimi Lana Tak Takut Berkahwin - “Saya Doakan Jika Kahwin Nanti Allah Permudahkan”
Pelakon Mimi Lana menyifatkan setiap wanita yang menjadi manga keganasan dalam rumah tangga perlu berani untuk bersuara.

Wanita Perlu Bersuara

Menurut Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaian Zainal Abidin, dia sama sekali tidak bersetuju dengan sikap lelaki yang naik tangan kepada wanita.
“Apabila kita berada dalam situasi itu benda yang paling penting sebagai perempuan adalah kena tahu tahu batas kita tahap mana yang kita boleh terima situasi tersebut.

“Tapi kalau dah sampai memudaratkan diri kita sendiri, kita perlu bersuara. Jangan takut untuk bersuara sebab takut melibatkan nyawa.

“Saya tak setuju dan tak boleh terima, setiap perempuan yang berhadapan dengan masalah itu perlu bersuara dan berkongsi,” ujarnya kepada Gempak.
Mimi ditemui pada majlis tayangan perdana episod 32 drama lakonannya, Andai Tiada Dia di Dash Box Hotel, Cyberjaya, baru-baru ini.

Tak Takut Berkahwin

Ujar Mimi lagi, dia juga tidak berasa takut untuk mendirikan rumah tangga biarpun kini hangat dengan pelbagai kes keganasan dalam rumah tangga membabitkan selebriti tanah air.
“Tak ada lah (takut berkahwin). Setiap perhubungan itu lain ceritanya.

“Insya-Allah saya doakan mudah-mudahan jika saya berkahwin nanti Allah permudahkan dan tiada berlaku perkara begitu,” kongsinya.

Ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, ini jawapan yang diberikan pelakon yang memegang watak Intan dalam Andai Tiada Dia itu.

“Kalau ada perancangan (berkahwin) saya akan maklumkan,” tutupnya.

Drama Andai Tiada Dia yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana, Zahiril Adzim dan ramai lagi itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

ARTIKEL BERKAITAN: Hangat Kes Keganasan Rumah Tangga, Ustaz Don Titip Nasihat & Kongsi Doa Untuk Wanita – “Ibu Bapa Bentuk Kita Bukan Untuk Dipijak-Pijak”

ARTIKEL BERKAITAN: Alicia Amin Gembira Tak Perlu Simpan Rahsia, Mimi Lana Pula ‘Approved’ Pengganti Watak Intan - “Saya Tidak Dapat Bayangkan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Intan ‘Andai Tiada Dia’ Ada Fibroid, Ini Perkongsian Dr. Izzar Mengenai Ketumbuhan Dikenali Sebagai ‘Leiomyoma’

ARTIKEL BERKAITAN: "Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Perempuan Biar Muka Tak Cantik, Tapi Tak Rebut Kebahagiaan Wanita Lain” - Mimi Lana

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live