Hiburan

Hangat Kes Keganasan Rumah Tangga, Ustaz Don Titip Nasihat & Kongsi Doa Untuk Wanita – “Ibu Bapa Bentuk Kita Bukan Untuk Dipijak-Pijak”

gempak
Khairil Khusyairi
11/12/2024
08:50 MYT
Sponsor Banner
Hangat Kes Keganasan Rumah Tangga, Ustaz Don Titip Nasihat & Kongsi Doa Untuk Wanita – “Ibu Bapa Bentuk Kita Bukan Untuk Dipijak-Pijak”
Pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal menyarankan golongan wanita yang ditindas menjadi mangsa keganasan rumah tangga untuk tidak berdiam.

Jangan Doa Saja

Menurut Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, seseorang wanita yang diperlakukan sebegitu perlulah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib dan bukan bergantung kepada berdoa sahaja.
“Mereka cuba bertahan dan tak mahu rosakkan rumah tangga itu.

“Pertama, kalau ia melibatkan kekerasan rumah tangga, jangan doa saja, kena lapor pada polis dulu.

“Mesti kena sayang diri sendiri dulu, diri kita ibu bapa bentuk kita bukan untuk dipijak-pijak, jadi wanita perlu sayang diri dia dulu,” katanya kepada Gempak.

Wanita Dicipta Untuk Disayangi

Kongsi Don lagi, dia memetik petikan daripada ulama tentang wanita tidak dicipta untuk dikasari sebaliknya untuk disayangi dan dicintai.

“Kata ulama, wanita tidak diciptakan dari tulang kepala tengkorak untuk dijadikan ketua semata-mata dan tidak diciptakan perempuan daripada tulang kaki untuk dipijak dan tidak juga diciptakan daripada tulang punggung (tempat tak baik) tetapi diciptakan daripada tulang rusuk yang bersebelahan dengan hati untuk disayangi dan dicintai.

“Wanita perlu tahu diri sendiri dahulu, kalau sampai ‘naik tangan’ itu sudah kasar.

“Dalam Islam jika berlaku kekerasan, perlu mengadu dan berdoa,” kongsinya.

Dalam masa sama, Don turut berkongsi sebuah doa untuk memohon diberi kemudahan daripada sebarang kesulitan.
“Yang kedua, berdoalah. Ada doa yang diajar oleh Nabi Musa ketika dia dalam kekusutan iaitu lari dari kampung halaman.

“Doa berbunyi seperti: “Ya Allah, apa-apa perkara baik yang kau nak turunkan pada aku, aku perlu” – Surah Al Qasas ayat 24,” kongsinya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular beberapa selebriti menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga sehingga mengalamai kecederaan fizikal dan memtal yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Elliza Razak Dedah Bercerai Februari Lalu, Hidup Hancur Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga - “Dalam Idah Pun Dia Pukul”

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Asiah Abd Jalil Bongkar Perkahwinan Lelaki Digelar Ikon ‘Poligami Harmoni’ Tak Dapat Restu Keluarga Isteri-Isteri – “Isteri Kedua Pernah Dipukul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita Wilson Direman Kes Keganasan Rumah Tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Mata Lebam Bukan Sebab Dipukul Suami, Influencer Popular Jelaskan Kejadian Sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024