Viral

Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati - "Kalau Depan Aku Ni..."

Firdaus
17/03/2024
03:55 MYT
Sponsor Banner
Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati - "Kalau Depan Aku Ni..."
“Melentur buluh biarlah dari rebungnya” itulah peribahasa sesuai berkaitan mendidik anak-anak di usia ‘setahun jagung’.
Bagaimanapun sesetengah ibu bapa mengabaikan perkara tersebut yang membuatkan anak-anak mereka susah untuk dikawal apabila tidak dalam pengawasan.

BERITA TRENDING: Tetap Solat Walaupun Tak Miliki Fizikal Sempurna, Lelaki Ini Buat Ramai Netizen Tersentuh - “Sangat Luar Biasa…”

Itulah sinonimnya dengan sebuah video tular di Platform X baru-baru ini yang memaparkan seorang kanak-kanak bersikap agresif terhadap beberapa jemaah wanita di sebuah masjid.
Menerusi entri berdurasi 30 saat itu, dapat dilihat kanak-kanak berkenaan memanjat belakang seorang wanita yang sedang solat sambil menyepak bahagian belakang kepala seorang lagi jemaah lain.
“Ibu bapa yang ada anak nakal tapi pergi terawih ni aku anggap selfish jelah. Gilir-gilir lah suami isteri jaga anak di rumah. Ni dah ganggu jemaah lain. Panas pula aku,” tulis seorang pengguna media sosial. Perkara itu turut meraih perhatian netizen lain yang turut memberi pendapat tentang keadaan berikut, di mana rata-ratanya menyifatkan sikap kanak-kanak berkenaan sebagai biadab serta perlu di didik serta merta supaya perbuatan itu dapat dibendung.
“Kalau depan aku, aku keluar solat, tarik dia sambil ruqyah tunggu mak dia habis solat. Kemudian aku sekolahkan dua-dua. Nak bawa anak pergi masjid tak ada masalah, tapi kenalah didik elok-elok,”
“Ada yang cakap budak tu pukul kakak dia. Yang dia panjat tu mak dia. Mungkin dah terbiasa buat macam tu dekat rumah. Tapi tetap kurang ajar,”
“Actually ibu bapa yang tak ajar dari rumah. Biasakan dari rumah nasihat dekat anak yang kita nak pergi rumah Allah, kena jaga sikap apa semua. Ulang je benda sama. Budak akan dengar.”
Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih hampir 800,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar