Hiburan
“Papa Kata Dia Dah Doa…”- Dr Norzizi Zulkifli Terima Anugerah Selepas Pemergian Bapa
Pelakon dan pensyarah Dr Norzizi Zulkifli menerima Anugerah Seni Dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan) dari Anugerah Akademik Universiti 2019 (UiTM) semalam.
Norzizi berkata pelbagai rintangan yang dilalui untuk menghantar projeknya itu kerana dalam masa yang sama menjaga arwah bapanya, Datuk Zulkifli Zain yang jatuh sakit sejak Mac lalu.
Menurut Norzizi dia hampir berputus asa tapi semangatnya kembali selepas selesai menguruskan bapanya di hospital.
“Pada Mac lalu, perancangan nak mohon memang ada, tapi terbatal niat sebab Armada masuk hospital.
“Dalam meeting, Dekan kata hantarlah permohonan. Saya cuba saya kata. Saya ke kedai fotostat buat salinan surat-surat ni dan ingat petang tu nak pulun sampai malam di ofis siapkan. Sekali bila dapat tahu Papa kat emergency and was not responding saya geletar lutut, tinggalkan semua salinan ni and niat nk beli file ke apa ke terbantut! Terus memecut ke Hospital.
“Ada dua soalan sy tanya diri saya “Nak teruskan berjuang or batalkan sahaja? If nk teruskan akan kerja menggila sebab esok deadlinenya. If tak teruskan Ko dah photostate sebahagian besar.
“Fikir punya pikir, aku akan teruskan !Mungkin tak dapat semua dokumen masuk, tapi aku cuba apa yang mampu. Saya masuk ke ofis dan menghadap boring-borang yang tak lengkap saya isi, missing Salinan-salinan tu and ni and saya buat dr jam 11 pagi sampai 7:30 malam!
“Tiba di hospital malam itu, baru sampai dan belum melepaskan penat seharian atau semalam, Papa nampak muka saya saje saya dah kena picit Papa sana sini.
“Esok paginya saya berjaya siapkan dan hantar tepat pada masanya ke Canselori UiTM! Pada saya, saya dah menang dah walaupun mungkin saya akan kalah! Memang semacam satu perjuangan yang gila and kerja gila jugak nak buat dalam masa yang impossible! Malam tu saya bgtau Papa, saya hantar submission ni dengan penuh kepuasan dan kelegaan dan ‘kepancitan’! katanya.
Norzizi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Meskipun bapanya sudah tiada dan pergi menemui Ilahi sejak 5 hari lalu, namun Norzizi yakin kejayaan itu hasil dari doa bapanya.
“Papa kata dia dah doa…” katanya.
Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Datin Normala Omar meninggal dunia pada 6 September lalu.