Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Papa Wafat Saat Tidur”- Bapa Oki Setiana Dewi Meninggal Dunia

Syafiqah Jalal 05/06/2021 | 04:42 MYT
Bapa kepada pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi iaitu Sulyanto Sastromartoyo meninggal dunia akibat sakit jantung semalam, pada Jumaat.
Menceritakan kembali saat pemergian bapanya, Oki memberitahu bapanya menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang tidur di rumah.
“Semua terjadi sangat cepat dan tak disangka-sangka.
“Dua hari yang lalu saya masih menelefon Papa dan berencana mengajaknya untuk periksa ke rumah sakit (hospital). Semalamnya pun Ibu masih makan malam bersama Papa.
“Papa wafat saat tidur.. dan Ibu baru tahu di pagi harinya. Ibu tak memberitahu pada kami, anak-anaknya. Ibu hanya mengatakan papa tenantdan akan dibawa oleh ambulance ke hospital,” katanya.
Oki berkongsi cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Oki berkongsi foto keadaan di dalam masjid ketika bapanya sembahyangkan oleh Jemaah yang ramai.
Pun begitu, Oki bersyukur bapanya pergi dalam keadaan tenang dan jenazahnya disembahyangkan oleh Jemaah yang soleh dan ramai.
“Hari ini berlangsung cepat dan mudah. Papa wafat di hari Jumat. Saat kami memandikan, tubuhnya bersih dan terlihat tenang, seperti sedang tertidur .Papa disolatkan orang-orang sholih dan dimakamkan di samping masjid,” kongsinya.
Oki turut berkongsi kenangannya bersama bapanya yang ceria dan bangga dengan anak-anaknya.
Dalam pada itu, Oki mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan bapanya.

A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi)

#pelakon #Indonesia #Oki Setiana Dewi #Bapa #Dunia #'Meninggal
;