Viral
Pasangan Kekasih M*ut Makan 9 Jenis Dadah Termasuk Pil Anxiety Di Bangkok
Pasangan kekasih yang bercuti di Bangkok, Thailand menemui ajal selepas dipercayai memakan campuran sembilan jenis dadah yang dibeli di jalanan.
BERITA TRENDING: 124 Lelaki Berseluar Dalam Ditahan Di Bilik Hotel!
Rebecca Turner, 36, dan kekasihnya, Sam ditemui maut di dalam bilik sebuah hotel di Bangkok oleh rakan yang mencari mereka selepas pasangan tersebut ‘tidak muncul’.BERITA TRENDING: Gara-Gara Bedak Talkum Disangka Dadah, Pemuda Dipenjara 21 Hari
Menerusi fakta kes, Turner ditemui mati di atas lantai sementara Sam yang merupakan warganegara British terbaring di katil pada 15 Mac lalu.
Ibu wanita tersebut, Anita Turner, 64, mendakwa anaknya maut selepas mengambil sembilan jenis dadah yang disangka sebagai kokain, lapor Daily Mail.
Kesemua sembilan jenis dadah yang bercampur antaranya merupakan ubat tidur, ubat tahan sakit dan pil untuk pesakit Anxiety, lapor media sama seperti dinyatakan pihak berkuasa tempatan.
“Untuk bangun setiap pagi dan berdepan dengan kehilangan bukan hal yang baik.
“Kita juga berdepan dengan masalah besar terhadap penyalah gunaan dadah. Adalah tidak berbaloi untuk merisikokan nyawa kerana dadah,” katanya Anita.