Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pasca Dakwaan Tangkap Khalwat, Ruhainies Senyum Terima Jambangan Bunga Ros Merah

Asyikin Mayudin 10/03/2024 | 10:03 MYT
Seakan tidak ada apa berlaku, pelakon yang didakwa ditangkap khalwat dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz iaitu Ruhainies tetap aktif di laman Instastory seperti biasa.

BERITA TRENDING: Sifatkan Kes Khalwat Aliff Aziz Satu Marketing, Sajat: “Saya Rasa Marketing Ganas Ni”
Malah, adik kepada pelakon Nur Risteena itu juga memuat naik video memperlihatkan dia menerima jambangan bunga ros merah di Instagram miliknya pada Ahad.

“Kadang-kadang perkara tidak jelas serta-merta. Disitulah anda perlu bersabar, tabah dan melihat ke mana arahnya. Sabar,” tulis Ruhainies secara ringkas.

Rata-rata netizen tetap menyerang Ruhainies selain menganggap kes aktres itu dengan suami kepada rakannya, Bella Astillah seperti ‘marketing’ yang sudah dirancang.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita itu ialah Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

Kelibat pasangan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies dilihat menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dirakam pada 25 Februari lalu.

Difahamkan Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditahan atas dakwaan berkhalwat pada awal pagi Sabtu sudah dibebaskan dengan jaminan.

Mereka dilaporkan meninggalkan perkarangan pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 2 petang, Sabtu.

Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi.

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Ruhainies Aliff #Ruhainies khalwat
;