Hollywood

Patung Puaka Annabelle 'Lari' Dari Muzium? Ini Cerita Sebenarnya ...

Amri Hassan
15/08/2020
17:02 MYT
Sponsor Banner
Patung Puaka Annabelle 'Lari' Dari Muzium? Ini Cerita Sebenarnya ...
Kecoh pada Jumaat lalu patung puaka Annabelle dilaporkan hilang dari kotak kaca yang disimpan di dalam Occult Museum di Conneticut, Amerika Syarikat.
Kehilangan Annabelle itu menjadi misteri dan tanda tanya orang ramai hingga hingga mencetuskan rasa takut.
Bagamanapun, adik ipar kepada pasangan penyelidik paranormal terkenal Ed & Lorraine Warren, Tony Spera tampil menjelaskan situasi sebenar.
Kata Spera menerusi YouTube keluarganya, patung Annabelle sebenarnya masih berada di muzium tersebut.
"Saya mahu jelaskan bahawa Annabelle tidak hilang, dia masih di sini dan tidak pernah meninggalkan tempatnya.
"Dia masih di sini, bukannya keluar bercuti atau melawat buah hatinya.
"Jadi, hentikan khabar angin tidak tepat dan saya menghargai keprihatinan semua pihak.
"Saya akan jadi risau jika perkara itu betul-betul terjadi sebab ia tak boleh dibuat main," katanya.
Menerusi kenyataan yang ditularkan di media sosial, ada pihak yang telah mengemaskini keterangan di Wikipedia mendakwa Annabelle telah 'melarikan diri' pada pukul 3 pagi, 14 Ogos lalu.
Patung Annabelle menjadi legenda kisah seram selepas ia dihadiahkan kepada seorang jururawat pada tahun 1970.
Ia didakwa hidup dengan roh seorang kanak-kanak yang dinamakan Annabelle.
Sepertimana filem-filem The Conjuring, patung itu mencetuskan situasi mistik dan seram hingga memaksa mangsa mendapatkan bantuan penyiasat paranormal, Ed dan Lorraine Warren.
Pasangan itu mengakui patung itu dirasuk oleh roh jahat dan direhatkan dalam sebuah kotak kaca di kediaman mereka yang kini dijadikan sebuah muzium.
Patung sebenar Annabelle berbeza daripada patung porselin yang dicipta untuk menakutkan penonton dalam filem-filem The Conjuring.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar