Laman Utama

“Patut Rezeki Dia Tak Pernah Putus” - Peminat Tersentuh Lihat Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Kepada Frontliners, Buat Beli Goreng Pisang

Izwan Isa
16/12/2021
09:50 MYT
Sponsor Banner
“Patut Rezeki Dia Tak Pernah Putus” - Peminat Tersentuh Lihat Siti Nurhaliza Hulur Duit Belanja Kepada Frontliners, Buat Beli Goreng Pisang
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menerima pujian dalam kalangan peminat apabila video yang memperlihatkan beliau memberi wang belanja kepada petugas barisan hadapan atau frontliners viral di media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu baru sahaja selesai menjalani ujian swab test secara pandu lalu.
@cikjan_88
Love u Mak Iti ❤️ ##ctdk
♬ Seribu Kemanisan - Siti Nurhaliza
Sebelum beredar daripada lokasi berkenaan, Siti sempat mengeluarkan beberapa keping not Ringgit Malaysia lalu dihulurkan kepada petugas yang terlibat.
“Mak Iti belanjalah, belilah apa-apa goreng pisang…” ujar Siti ringkas.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan pujian dan terharu dengan kemurahan hati yang dimiliki oleh Siti Nurhaliza.
“Patut rezeki dia tak pernah putus,” komen salah seorang netizen.
“Bermula dari kehidupan yang susah, pasti kenal erti kesusahan,” tulis seorang peminat di ruangan komen.
“Ingat lagi mula-mula nak jadi penyanyi datang KL naik bas ekspres dari Lipis ke KL… betapa susah payahnya dia. Alhamdulillah, tiap pengorbanannya terbalas,” luah seorang pengguna media sosial pula.
Dalam pada itu, ada yang memuji Siti kerana membahasakan dirinya sebagai Mak Iti.
“Bagus betullah Tokti ni, siap bahasakan Mak Iti. Sesetengah orang tak nak kena panggil Mak Cik, nak Auntie jugak,” seloroh seorang peminat.
Sebelum ini, netizen turut memuji kemurahan hati Siti apabila dia membayarkan permainan seorang kanak-kanak di sebuah gedung permainan popular di ibu kota.
BACA: TokTi Random Belanja Mainan Untuk Anak Wanita Ini, Reaksinya; “Allahuakbar Kelu Lidah”
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024