Hiburan
Paula Verhoeven Kata Suami Sibuk, Baim Wong Tak Tahu Isteri Tunai Umrah
Selebriti Indonesia, Baim Wong mengaku tidak mengetahui isterinya, Paula Verhoeven kini menunaikan umrah bersama beberapa rakannya.
Paula Tak Minta Izin?
Baim mendakwa Paula juga tidak meminta izin untuk pergi menunaikan umrah bersama Feni Rose, Chand Kelvin dan isterinya, serta Davina Karamoy.
“Umrah? Saya tidak tahu. Dia (Paula) tidak minta izin (umrah),” ujar Baim saat ditanya media tempatan seperti dilaporkan Detik.com.
Paula pula mengaku pergi menunaikan umrah tanpa suaminya kerana mengatakan Baim sedang sibuk.
Sementelah kata Paula dia menunaikan umrah kerana terlanjur mempunyai pekerjaan di Dubai.
“Baim sibuk dan jika kami berdua pergi, tiada orang yang menjaga anak.
“Saya juga ke sini tunai umrah kerana ada pekerjaan di Dubai,” kata model tersebut.
BERITA TRENDING: Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?
BERITA TRENDING:Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”
BERITA TRENDING: Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven Pakai Tudung Sebab Takut Mati
Beberapa bulan ini rumah tangga Baim dan Paula dilaporkan berantakan sehingga menuju perceraian.
Terdahulu, kelibat Paula yang berada di tanah suci Mekah dan Madinah mencuri perhatian selepas dirinya dilihat memakai purdah.
Sebagai sahabat, Feni kemudian menjelaskan Paula memakai purdah kerana mahu menjalani ibadahnya dengan tenang tanpa menarik perhatian pihak yang mengenali dirinya.