Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pecah Rekod Sekali Lagi, Rita Rudaini Luah Rasa Bangga Dengan Anak Sulung - "Mommy Bangga!"

Firdaus 22/08/2024 | 12:55 MYT
Pelakon Rita Rudaini sekali lagi meluahkan rasa bangga dengan pencapaian cemerlang yang diperolehi anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dalam acara larian 200 meter.

Luah Rasa Syukur

Menerusi hantaran di Instagram, aktres berusia 48 tahun itu menzahirkan rasa syukur pada ruangan kapsyen apabila puteranya berjaya mencipta rekod baharu dalam acara olahraga tersebut dengan catatan masa 23.81 saat.

"Alhamdulillah, berita gembira dan rezeki Rayyan dan MRSM SUBES hari ini. Rayyan pecah rekod lagi.

"Acara lari 200 meter akhir, pecah rekod tahun 2023. Berkat doa, kerja keras, sokongan dan semangat daripada semua orang yang sayang Rayyan. Sebagai ibu bapa Rayyan, mommy bangga!" tulisnya.

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Imbas kembali, Rayyan sebelum ini mengungguli pingat emas dalam acara larian 100 meter menerusi kejohanan yang sama.

BERITA TRENDING: Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”

BERITA TRENDING: “Orang Tak Tahu Bila Saya Menangis, Anak-Anak Pun Tak Tahu” - Rita Rudaini

BERITA TRENDING: “3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A

Sekadar info, Rayyan merupakan anak hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak iaitu Aidil Zafuan.
Pasangan berkenaan bagaimanapun berpisah pada September 2013 selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki iaitu Airit Qaqa Arjuna yang berusia 13 tahun.
#Viral #Anak #Rita Rudaini #Cemerlang #Pecah Rekod #Airit Rayyan Rizqin
;