Hiburan
Pecahkan Rekod Larian 100 Meter, Anak Rita Rudaini Dipuji Cemerlang - "Hebat! Main Bola Pandai, Belajar Pun Bijak"
Jika baru-baru ini meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan, anak kepada pelakon, Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, sekali lagi mencuri perhatian apabila dirinya berjaya memecahkan rekod larian 100 meter dengan catatan masa 11.44 saat.
Pecah Rekod
Perkara itu dikongsikan oleh seorang guru di Facebook di mana dia menyatakan rekod yang dibuat oleh Airit adalah lebih baik daripada pemenang pingat emas tahun lalu.
"Sampai saja di stadium, kawan saya beritahu semalam waktu saringan, anak Rita Rudaini berjaya pecahkan rekod 100 meter yang berusia 20 tahun dengan catatan masa 11.44 saat.
"Masa yang dibuat lebih bagus daripada pemenang pingat emas MSSS (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah) tahun lepas. Power!" tulis guru tersebut.
Pada penghujung coretan, guru yang dikenali dengan nama Abdul Muiez berkenaan turut memuji Airit sebagai seorang yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan tetapi juga dalam bidang akademik dan agama.