Gaya Hidup

Pedofil Richard Huckle Yang Mencabul 200 Kanak-Kanak Malaysia Mati Dalam Penjara

Azwa Rahman
15/10/2019
11:20 MYT
Sponsor Banner
Pedofil Richard Huckle Yang Mencabul 200 Kanak-Kanak Malaysia Mati Dalam Penjara
Pedofil Britain yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia dengan salah laku jijik, Rickard Huckle ditemui maut ditikam di dalam penjara.
Bekas guru bahasa Inggeris itu sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan pencabulan ke atas ratusan kanak-kanak di seluruh dunia, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kurungannya di penjara Full Sutton, East Yorkshire, England, pada Ahad.
Memetik laporan Astro Awani, “Kelihatan Huckle seperti ditikam dengan pisau buatan sendiri. Belum pasti sama ada senjata itu sudah ditemui.”
Huckle dilapor telah mencabul kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.
Pada Disember 2014, dia ditahan oleh Agensi Jenayah Kebangsaan ketika berada di Lapangan Terbang Gatwick, United Kingdom ketika mahu terbang ke Australia.
Huckle, 33, mengaku bersalah atas 71 dakwaan pencabulan seksual ke atas 200 kanak-kanak di seluruh Malaysia selama sembilan tahun, dengan beberapa mangsa seawal usia 6 bulan hingga 12 tahun.
Pada Jun 2016, dia dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup.
Hasil tinjauan Gempak di laman Twitter, rata-rata wargamaya gembira dengan berita kematian Huckle.
“That’s how karma works,” ujar seorang netizen.
“Yes yes yes padan muka! Kenapa lah yang balik malaysia tu tak kena macam ni. Disgusting,” komen seorang netizen.
“THIS IS THE KIND OF VIBE WE NEED IN MALAYSIA. NO PEDOPHILE SHOULD BE FORGIVEN,” marah seorang netizen.
Penyiasat menjumpai lebih 20,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak terbabit.
Rakaman itu kemudian dikongsi Huckle bersama pedofil lain di laman web tersembunyi atau Dark Web.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar