Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Peguam Anggap Isu Sarah Yasmine Tak Perlu Dibawa Ke Pihak Berkuasa - “Kenapa Kita Nak Buang Masa Polis Malaysia?”

Firdaus 01/05/2024 | 05:55 MYT

Isu Sarah Yasmine seakan-akan tidak surut apabila ada sahaja pihak yang ingin turut serta memberikan pandangan dan perhatian terhadap apa yang berlaku.

Terbaharu, penerbit dan pelakon, Erma Fatima turut membuat kenyataan membidas Sarah terhadap tindakannya membuka ‘pekung’ artis-artis di Malaysia dan meminta supaya pihak berkuasa di negara ini mengambil tindakan terhadap wanita yang berasal daripada Singapura itu.
Bukan itu sahaja, Erma juga menyuruh Sarah Yasmine untuk balik ke negaranya dan menyelesaikan masalah perhubungan yang dihadapi bersama pelantun lagu Sandar Padaku, Aliff Aziz.

Curang Bukan Masalah Negara

Menangkis kenyataan Erma, seorang peguam memuat naik satu entri di TikTok menyatakan bahawa perbuatan curang bukannya dikategorikan sebagai masalah negara.

“Negara ada banyak masalah dah. Jangan nak jadikan curang itu satu masalah antara Singapura dan Malaysia.
“Kena faham ini bukannya masalah negara, tak ada kaitan langsung dengan Malaysia dan Singapura sebab ini masalah sikap. Curang ini bukan masalah negara,” katanya.

Tak Perlu Buat Laporan Pihak Berkuasa

Berkongsi lebih lanjut, wanita itu juga mempersoalkan sama ada perlu untuk kes pendedahan berkenaan dibawa kepada pihak berkuasa dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana merasakan ia sebagai satu isu yang tidak penting dan membuang masa.

“Bila buat laporan polis, contohnya di bawah fitnah ataupun Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Telefon yang digunakan oleh Sarah Yasmine untuk tangkap layar dan muat naik di Instagram akan dirampas. Pihak polis akan hantar kepada forensik untuk ekstrak semua benda.
“Perkara-perkara itu akan disiasat kalau ada laporan polis dibuat. Bolehkah isu ini jatuh dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah? Dan bolehkah ia jatuh dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang menyatakan bahawa sesiapa yang menggunakan media sosial untuk memberikan hantaran lucah, jelik, mengancam, ataupun menyakitkan hati orang yang palsu?
“Kenapa kita nak buang masa polis Malaysia? Nak buang masa SKMM untuk siasat isu yang didedahkan oleh Sarah Yasmine? Kenapa kita nak buang masa sedangkan banyak lagi kes-kes jenayah yang perlu disiasat oleh kedua-dua jabatan ini. Ini masalah peribadi mereka. Yang patut dipersalahkan adalah individu yang memulakan perselingkuhan ini dan mereka yang lain yang mungkin betul terlibat dengan Aliff Aziz,” ujarnya.

undefined
Untuk info, nama Sarah Yasmine sebelum ini menjadi bualan hangat apabila dirinya membongkarkan satu per satu skandal yang terpalit dengan Aliff Aziz.
Apa yang lebih memeranjatkan, pelakon meningkat naik, Meerqeen turut dikatakan mempunyai hubungan lebih dari seorang kawan dengan Sarah Yasmine walaupun aktor itu pada awalnya menafikan perkara tersebut.

BERITA TRENDING: “Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia…

BERITA TRENDING: Kontroversi Aliff Aziz, Adi Putra Pesan Jangan Sentuh Isu Kewarganegaraan - "Kita Tak Mahu Letak Sentimen Kasta" Sumber: TikTok
#pelakon #Viral #Aliff Aziz #Bella Astillah #Malaysia #Singapura #Erma Fatimah #Peguam #Sarah Yasmine
;