Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Peguam Diganggu Makhluk Halus, Pintu & Tingkap Diketuk Setiap Pukul 3 Pagi

Firdaus 28/06/2024 | 08:59 MYT
Seorang peguam berkongsi kisah seram dirinya berhadapan dengan gangguan 'makhluk halus' di TikTok.
Menurut peguam itu atau nama sebenarnya, Lee Ong menyatakan setiap jam 3 pagi pintu rumah dan tingkapnya akan diketuk oleh entiti yang tidak diketahui.

BERITA TRENDING: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jejak Pelaku Lapah Kucing

"Setiap jam 2.55 pagi akan ada bunyi ketukan di pintu tetapi tiada sesiapa di luar. Tolong sesiapa beritahu cara untuk hentikannya," tulisnya.
undefined
Melihat kepada hantaran itu, rata-rata netizen menyarankan Lee untuk memainkan ayat-ayat suci Al Quran bagi menghentikan gangguan tersebut.

​BERITA TRENDING: Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

Antara komen yang diterima:

"Saya cadangkan awak mainkan Surah Yassin bila awak tak ada di rumah. Mainkan sahaja sampai awak kembali,"

"Cuba buka ayat Kursi setiap hari sebelum tidur,"
"Mainkan Surah Al Baqarah dari awal sampai habis. Ia akan ambil masa tiga jam tapi kami guna surah ni untuk halau benda-benda halus di dalam rumah."

​BERITA TRENDING: Nak Lukis Tatu Tapi Kena Liwat - "Mangsa Tersedar Dapati Dirinya Tidak Berpakaian"

Mendengar kepada cadangan yang diberikan, Lee memuat naik video susulan memberitahu bahawa bunyi ketukan di pintu berjaya dihentikan.
undefined
Setakat artikel ini ditulis, entri itu berjaya meraih lebih 500,000 tontonan di TikTok.

​BERITA TRENDING: Kerap Jadi Lokasi Shooting Filem, Rumah Biru Ikonik Kampung Baru Bakal Dirobohkan? Pemilik Luah Rasa Sayu - "Rasminya Kami Semua Telah Keluar..."

Sumber: TikTok
#Hantu #TikTok #Peguam #Makhluk Halus
;