Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Peguam Jelaskan Tindakan Hidayah Tolak Duit Ali Puteh - “Orang Akan Tahu Ada Sejumlah Wang Besar Dalam Rumahnya”

Asyikin Mayudin 21/02/2024 | 09:40 MYT

Peguam mewakili Siti Norhidayah Hamzah iaitu Ibrahim tampil menjelaskan mengenai tindakan anak guamanya menolak wang RM75,000 yang ingin dibayar oleh pelawak Ali Puteh atas faktor keselamatan.

BERITA TRENDING: Adik Hidayah Up Status Sinis Tentang Saman, Ali Puteh Balas - “Pulak Dah, Datang Nak Bayar Tak Nak…

Menerusi perkongsian video di Instagram, Ibrahim memberitahu wang tersebut tidak sesuai diberikan di rumah Hidayah memandangkan jumlahnya terlalu besar dan ia dilakukan secara langsung menerusi laman sosial.

"Hidayah telah memaklumkan kepada saya Ali telah datang ke rumahnya dengan membawa sejumlah wang berjumlah RM75,000. Kemudian Hidayah telah menghubungi saya sama ada dia boleh mengambil atau tidak wang tersebut.

"Daripada segi undang-undang memang tiada masalah untuk Ali membayar wang berjumlah RM75,000 tersebut secara tunai.

"Tetapi saya mengambil kira pada waktu itu jika sejumlah wang besar dibawa masuk ke dalam rumah dan ditambah pula dilakukan secara siaran langsung, orang akan tahu pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar dalam rumahnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim sudah memaklumkan kepada Ali untuk membuat pembayaran menerusi pindahan wang ke dalam akaun Hidayah.

"Atas faktor keselamatan, saya telah bercakap dengan Ali untuk wang tersebut dibawa ke firma guaman atau lebih mudah dimasukkan ke dalam akaun bank. Semua atas faktor keselamatan. Hidayah tiada niat lain untuk menolak wang tersebut.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkongsi video dirinya hadir ke rumah Hidayah bagi melangsaikan tuntutan saman bernilai RM75,000.

Ali dan ahli keluarganya dilihat turut sebak ketika beramah mesra dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.

Namun begitu, usaha Ali untuk berbuat demikian tidak berjaya kerana Hidayah dikhabarkan tidak mahu menerima wang tersebut.

Sekadar info, Ali terpaksa menjual tujuh trofi kemenangannya bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kakak iparnya.

Antara trofi yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan beberapa lagi.

Selain itu, Ali turut menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya.

Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

#Ali Puteh #Hidayah #Arwah Abam #Isteri Abam #Ali Hidayah
;