,
Hiburan

Peguam Maklum Kes Cerai Harith Iskander, Jezamine Ditunda

Gempak
12/07/2024
07:25 MYT
Peguam mewakili Dr Jezamine iaitu isteri kepada pelawak Harith Iskander, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan perbicaraan kes cerai pasangan itu ditunda.

Peguam Maklum Tarikh Bicara Tunda

Bercakap kepada Gempak, perbicaraan yang dijadual berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Julai ini akan ditunda ke satu tarikh lain.
“Memang sekarang sudah jelas kes itu memang wujud.

“Tarikh sudah ada, tapi ditunda sebab mahkamah ada urusan lain. Kami akan maklumkan tarikh baharu selepas ini.

“Tunggu dahulu, kita tunggu di mahkamah dahulu, kita selesaikan apa yang patut,” katanya ditemui pemberita di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini selepas perbicaraan kes pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Harith, Isteri Beri Kerjasama

Akberdin turut menjelaskan kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik sepanjang perbincangan.

"Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik. Lebih daripada itu, tunggu sajalah.

“Jadi, tunggu tarikh baharu yang akan dimaklumkan," ujarnya ringkas.
Terdahulu, Harith memohon diberikan masa untuk membuat sebarang kenyataan mengenai kemelut rumah tangganya itu.
Jun lalu, Dr Jezamine mengesahkan yang beliau memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mankamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.
Untuk rekod, Harith Iskander dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga anak iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne yang kini berusia sembilan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Rumah Tangga: Harith Iskander, Jezamine Akan Keluarkan Kenyataan Bersama Dalam Masa Terdekat

Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Didakwa Halang Fattah Hampiri Fazura? Ini Respons ‘Bodyguard’ - “Tak Ada Satu Arahan Suruh…”

gempak
28/09/2024
03:55 MYT
Terbaharu, hantaran yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada pelakon, Nur Fazura telah mencuri perhatian warganet di Instagram Story.
Hiburan

Wajah Ceria Fazura Ke Mahkamah Jadi Persoalan, Pengurus Minta Henti Buat Spekulasi - “Setiap Malam Dia Menangis”

gempak
28/09/2024
02:55 MYT
Netizen meluahkan rasa pelik dengan aktres berkenaan kerana mimik wajahnya itu seolah-olah tidak berasa sedih dengan apa yang sedang dihadapinya.
Hiburan

“Hormat Dan Beri Mereka Ruang”- Scha Alyahya Mohon Netizen Faham Situasi Fattah & Fazura

gempak
27/09/2024
04:55 MYT
Tidak mahu bicara secara berlebihan, aktres yang popular dengan drama bersiri Awan Dania itu meminta untuk peminat memberi pasangan tersebut ruang untuk mereka menyelesaikan masalah yang dihadapinya sekarang.
Hiburan

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, Dua Sebatan

gempak
27/09/2024
03:58 MYT
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman dihukum penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki ketika kejadian berusia 17 tahun, pada dua tahun lalu.
Viral

Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, Ini Hukum Dalam Islam Menurut Ustaz Azhar Idris

gempak
26/09/2024
10:25 MYT
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang hukum isteri yang meminta cerai daripada suami dari segi agama.
BorakSeeni