Viral

Peguam ‘Pencil Box’ Tawarkan Diri, Mahu Bantu Ibu Bapa Kes Bayi Dibekukan - “Mari Aku Saman Pihak Hospital”

Umirah Halim
12/12/2024
05:33 MYT
Sponsor Banner
Peguam ‘Pencil Box’ Tawarkan Diri, Mahu Bantu Ibu Bapa Kes Bayi Dibekukan - “Mari Aku Saman Pihak Hospital”
Baru-baru ini tular kes yang melibatkan jasad seorang bayi dibekukan selama 16 hari oleh sebuah hospital swasta gara-gara si bapa didakwa tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar kos perubatan.
Terbaharu, kes tular tersebut mendapat perhatian dan respon peguam terkenal iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Pertikai tindakan hospital

Menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok, Ahmad Zaharil yang dikenali sebagai peguam ‘pencil box’ itu mempertikai tindakan pihak hospital yang telah menahan ibu mangsa selama 16 hari di wad.
@nazz_phg Alhamdulillah lawyer Dato Zaharil nak tolong mak ayah baby adham.. Semoga ada pembelaan buat mak ayah baby adham & segala urusan dipermudahkan. Aamiin ? #justiceforbabyadham #babyadham #lawyerkotakpensil #datoahmadzaharil #fyp #foryoupage #fypviral ♬ original sound - ?N.a.Z.z_06?
Menurut peguam berusia 58 tahun itu, tindakan yang dilakukan pihak hospital adalah salah kerana mempunyai elemen jenayah.
“Apa hak kau (hospital) nak tahan anak guam aku dan apa undang-undang yang kau pakai.
Kau pakai agreement? Agreement itu adalah bukti dia pernah datang tetapi apabila kau tahan dia, itu adalah satu bentuk elemen jenayah.
“Kenapa hospital buat tindakan sendiri dan tak bawa ibu arwah ni ke balai? Ada je balai berdekatan dengan hospital.
“Faktanya di sini ialah pihak hospital tahan jenazah anak itu selama dua minggu.
“Sepatutnya tak perlu disimpan sebab anak itu dah tiada (meninggal dunia),” katanya.
Sementara itu, isteri kepada Datuk turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan pihak hospital dan menganggap perbuatan mereka membekukan jenazah bayi tersebut sebagai kejam.
“Bukannya bil itu sampai berpuluh ribu, kalau beritahu pasal isu ini mesti akan ada orang nak menolong.
“Kejamnya manusia, sepatutnya berilah bayi itu dikebumikan dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zaharil meminta bantuan orang ramai untuk mendapatkan maklumat mengenai ibu bapa mangsa kerana mahu membantu mereka menyelesaikan kes.
“Kalau korang ada jumpa, suruh dan bawa mak bapa arwah datang jumpa aku dan mari aku saman pihak hospital. Aku mesti akan lawan,” tambahnya lagi.
Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai memuat naik satu hantaran menitipkan ucapan terima kasih buat Ahmad Zaharil atas kesudiannya membantu mendapat keadilan buat keluarga mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN:Hospital Swasta Tampil Perjelas Isu Simpan Mayat Bayi 2 Minggu, Dakwa ‘Suami Isteri’ Belum Berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN:KKM Digesa Siasat Kes Hospital Swasta Simpan Mayat Bayi Lebih Dua Minggu Dalam Peti Ais

ARTIKEL BERKAITAN:Mayat Bayi Diletak Dalam Peti Ais Selama 16 Hari, Ini Kronologi Bapa Tak Cukup Duit Bayar Bil Hospital Swasta - “Kawan Saya Panik…”

Sebelum ini, Mr Wan Cai berkongsi kisah sedih satu jenazah bayi yang didakwa telah dibekukan dan ditahan selama 16 hari di sebuah hospital swasta kerana bapanya tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menguruskan jenazah tersebut.
Perkongsian tersebut telah menyorot perhatian wargamaya yang bersimpati dengan nasib menimpa bayi yang dinamakan Muhammad Adham Mikail itu.
Sebelum ini juga, hospital bersalin terbabit telah menafikan dakwaan pihaknya menahan jenazah seorang bayi selama dua minggu, sebaliknya menjelaskan memberi kebenaran bayi berkendan dikebumikan sebelum bayaran bil hospital dibuat.
Pihak hospital menjelaskan bahawa pesakit atau ibu kepada bayi berkenaan datang ke hospital dalam keadaan hendak bersalin dan mengakui tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang kehamilannya tetapi pemeriksaan dibuat menggunakan perisian aplikasi telefon. Ibu kemudian mengaku belum berkahwin.
Bagaimanapun, kes ini masih lagi dalam siasatan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live