Berita

Pejuang Seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda Meninggal Dunia

Gempak
12/07/2024
04:48 MYT
Sponsor Banner
Pejuang Seni, Raja Fuziah Raja Tun Uda Meninggal Dunia
Tokoh pejuang seni dan kraf negara, Raja Datin Paduka Fuziah Raja Tun Uda menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta, di sini, sekitar 8.30 malam tadi.

Allahyarham berusia 84 tahun

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Taman TAR, Ampang sebelum dibawa ke Masjid Negeri, Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas Solat Jumaat.
Allahyarham yang juga Penasihat Majlis Kraf Dunia - Rantau Asia Pasifik merupakan anak kepada tokoh politik, Raja Tun Uda Raja Muhammad yang pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dan Menteri Besar Selangor.

BERITA TRENDING: "Nak Gelar Aku Janda Ke, Anj*ng Ke, Tak Kisah! Ini Bukan Fasal Tak Move On Tapi..." - Shuhada

BERITA TRENDING: Sangkakan Salah Faham Dah Selesai, Shu Shukri Bengang Hafidz Roshdi Ungkit Kembali Isu Nafkah- "Kau Nak Apa Ni Weh?"

BERITA TRENDING: Dituduh Culas Beri Nafkah, Hafidz Roshdi Tampil Pertahankan Diri - "Fitnah Yang Menjijikkan & Pelaku Harus Malu Dengan Penipuan"

BERITA TRENDING: "Jangan Jolok Sarang Tebuan!" - Lama Tahan Sabar, Shu Shukri Dedah Perbualan Lucah Bekas Suami & Penyondol?

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah Bagi Saya Peluang Kedua" - Hafidz Roshdi Bakal Comeback Selepas Setahun Tak Berlakon, Sempat Jadi Penghantar Barang

Raja Fuziah atau mesra disapa 'Mak Engku' dalam kalangan penggiat seni tanah air merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dari tahun 1979 hingga 1986.
Allahyarham merupakan pengasas Galeri Bandar ARCH KL dan telah mengabadikan sepanjang hidupnya dalam memartabatkan keindahan dan keagungan karya seni dan kraf negara.
Graduan Sosiologi dari Bedford College, University of Londan ini juga pernah bertugas sebagai Penolong Ketua Pengarah di Pusat Sejarah Islam, Seni dan Budaya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Turkiye.
Sementara dari 1992 hingga 2008, Allahyarham dilantik sebagai Presiden Majlis Kraf Malaysia. Selain seni dan budaya, Raja Fuziah juga antara pejuang hak asasi wanita hingga menempatkan beliau di kerusi penting Majlis Kebangsaan bagi Pembangunan Integrasi Wanita sekitar tahun 1984.
Atas cintanya beliau kepada seni dan budaya, Allahyarham Raja Fuziah menerima beberapa penghargaan seperti Anugerah Seni Kebangsaan Ketegori Promosi Individu pada 2008 dan Gusi Peace Prize di Manila, Filipina (2009).
Sumber: Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar