Viral
Pelajar Dapat Markah 7/60 Dalam Kertas Exam Bahasa Melayu Dihencap Netizen, Diana Danielle Beri Cadangan!
Tindakan seorang pelajar sekolah tingkatan 1 yang memuatnaik hantaran memaparkan markah kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang hanya mendapat 7 per 60 markah membuka ruang cemuhan netizen.
“Bahasa Melayu lulus ni percaya lah cakap saya,” tulis nya di entri tersebut yakin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Antara komen yang diterima;
“Ya ampun dik, punya sonang soalan page pertama itu dik. Dalam kelas main baling kertas ke ni?
“Tak nak kutuk tapi bod*h nya ko dik,” cemuh salah seorang netizen.
Berita Trending: Warga Asing Mengaku Bersalah Rogol, Samun Wanita, Netizen; “Kemungkinan Apa Yang Rosyam Nor…
Selain itu, entri yang sempat di tangkap layar oleh pengguna X ini juga meraih perhatian pelakon, Diana Danielle yang memberi cadangan bagi membendung masalah segelintir pelajar yang kurang minat belajar.
“Tiap tahun boleh buat minimum standard of passing, Kalau tak lepas, kekal darjah tu.
“Macam international school kalau tak sampai level yang sepatutnya dia tak bagi naik darjah, kena ulang balik tahun.
“Jadi, pelajar memang auto cerdik bila time exam sebab tak nak terpisah dengan kawan-kawan dan rasa malu ya amat kalau kena stayback tahun.
"So every year dia dah boleh tapis yg mana low performing students. Suggestion je lah jangan kecam,” ujarnya.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah menerima sebanyak 14 ribu sukaan dan 1.6 juta tontonan di platform X.