Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

Gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Sponsor Banner
Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru
Seorang suri rumah di China mendakwa anaknya mengidap penyakit vitiligo atau sopak selepas seorang guru menampar pipi anaknya kerana enggan melakukan kerja sekolah, lapor South China Morning Post.
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Liu adalah pelajar di Sekolah Rendah Yifu di wilayah Yunnan di barat daya China memberitahu ibunya bahawa cikgu kelasnya telah menampar pipinya di hadapan rakan-rakan sekelasnya selepas mendapati dia tidak menyiapkan kerja sekolah matematik.
Tambahnya, gurunya telah menampar mukanya sebanyak tiga kali di sebelah kanan dan sekali sebelah kiri.
Bagaimanapun selepas tiga bulan kejadian tersebut, warna kulit di bahagian pipi kanan semakin pudar dan bertompok putih.
Walaupun punca sebenar vitiligo masih tidak jelas, penyelidik berpendapat faktor pesekitaran berkemungkin menjadi pembentukan awal penyakit itu.
Namun, seorang kakitangan sekolah memberitahu media China, Benliu News bahawa budak lelaki itu telah didiagnosis dengan vitiligo.
Pada masa sama, pihak sekolah kini sedang menunggu hasil siasatan polis dan penilaian kecederaan bagi menentukan tindakan sewajarnya terhadap guru terbabit.
Undang-undang China mengenai perlindungan kanak-kanak bawah umur telah melarang guru memukul atau mendera pelajar.
Tahun lalu, seorang guru sekolah rendah di wilayah Hunan, tengah China dilaporkan memukul kepala kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dengan pembaris segi tiga sehingga yang menyebabkan tulang tengkoraknya retak.
Polis menahan guru itu untuk tujuan siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar