Laman Utama
Pelakon Ditahan Polis Langgan Pelacur Berulang Kali
Seorang bintang terkenal dari China, Li Yifeng ditahan pihak berkuasa kerana didakwa melanggan pelacur berulang kali.
Media tempatan melaporkan bintang berusia 35 tahun itu telah ditahan pihak polis di Beijing dan mengakui kesalahannya.
Melanggan pelacur adalah satu kesalahan di negara itu dan boleh membawa kepada hukuman penjara.
Li, yang terkenal menerusi wataknya sebagai ketua komunis, Mao Zedong dalam filem yang diterbitkan pada 2021 itu juga telah digugurkan dari menjadi wajah atau duta beberapa produk besar yang diwakilinya termasuk Prada.
Malah klip video miliknya ditarik dari tayangan dan beberapa projek besar juga menggugurkan namanya sebagai salah seorang pelakon.
Mengikut fakta kes, Li pertama kali dikesan mengunjungi rumah pelacuran pada 19 Ogos lalu. Namun pihak agensi menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia hanya gosip.
Namun, pihak polis menyanggah penafian tersebut dengan memberi bukti aktor itu telah ditahan pada 11 September lalu kerana menggunakan khidmat pelacur buat beberapa kali. Dia juga dipercayai telah ditahan selama 14 hari.
Dikenali juga sebagai Evan Li, aktor ini memiliki lebih 60 juta pengikut di beberapa platform media sosial termasuk Twitter dan Sina Weibo.
Dia pertama kali mencuri perhatian peminat selepas menyertai sebuah pertandingan pada tahun 2007.
Ramai peminat yang melahirkan rasa kesal dan menyifatkan kes yang terjadi kepada bintang kesayangan mereka ini sebagai sesuatu yang memalukan.
Kredit Foto: WWD