Hiburan
Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Bukan hanya disayangi tetapi pelakon kacukan Thailand-China ini malah dimanjakan dengan cara yang cukup luar biasa oleh peminatnya.
BERITA TRENDING: “Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job
Masakan tidak, bintang drama The Secret of Us itu dilaporkan telah dihadiahi dengan wang tunai yang mencecah jutaan ringgit oleh para peminatnya.
Kwong dianggarkan menerima sekitar RM1.2 juta wang tunai yang telah disediakan oleh peminat dari kelab peminat Hong Kong dan China sewaktu membuat pertemuan pertama kali dengan mereka di Thailand.
Jumlah RM1.2 juta tersebut tidak termasuk dengan wang tunai yang diberikan oleh peminat daripada Thailand dan negara lain, lapor 8days.sg.
Pertemuan pertama bersama kelab peminat yang digelar LingOrm di Thailand itu turut disertai oleh bintang negara tersebut, Orm.
Selain menerima wang tunai yang cukup lumayan, dia juga menerima pelbagai hadiah jenama mewah dunia seperti Christian Dior, Louis Vuitton, Loewe dan Chanel daripada peminat yang hadir.
Pemberian wang tunai yang cukup banyak itu membuat ada pengguna media sosial berasa pelakon tersebut tidak perlu bekerja dalam tempoh yang lama dan boleh menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan.
Malah ada juga yang bertanya adakah Kwong akan dikenakan cukai terhadap wang tunai dan barangan mewah yang diperoleh.
Sementara bagi segelintir netizen, memberi wang kepada artis adalah hal biasa dilakukan untuk peminat mudah mendekati idola mereka.