Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

Gempak 25/10/2024 | 11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Menurut sebuah laporan, aktres tersebut ditemukan tidak sedarkan diri oleh anaknya dan terus dibawa ke hospital St. Marry, Korea Selatan.
Bagaimanapun, dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di unit kecemasan.
Sebelum ini, mendiang menghentikan segala aktiviti seni pada Mei hingga Julai tahun ini kerana kerap dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.
Dia kemudiannya membuat penampilan semula pada September lalu namun membangkitkan kebimbangan peminat apabila melihat keadaan kesihatannya yang lemah.
Dilahirkan pada 3 September 1959, Soo-mi sudah bergiat aktif dalam dunia hiburan selama lebih daripada 50 tahun.
Mendiang yang terkenal menerusi pelbagai drama mula bergiat aktif dalam dunia hiburan Korea Selatan selepas bergabung dengan MBC pada 1970.
Namanya mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Country Diaries ketika dia tampil dengan watak seorang perempuan tua meskipun ketika itu baharu berusia 30-an.
Mendiang kemudiannya membintangi beberapa drama dan filem popular seperti Hello, Franceska, Band of Sisters, The King And I dan The Eldest. - Kosmo!
#pelakon #Viral #Meninggal Dunia #Korea #Sakit Jantung #Kim Soo-mi
;