Laman Utama
Pelakon Tetap Tak Nak Cerai Isteri Walau Dah Kantoi Bercium Dengan Best Friend Sendiri Masa Main Basikal
Rumah tangga pelakon Indonesia, Kenang Mirdad dan influencer popular Tyna Kanna terus menjadi bualan ramai.
Terbaharu, Kenang, 34, akui terkejut apabila isterinya memohon untuk bercerai di Majlis Agama Jakarta Selatan pada 30 Ogos lalu.
"Terkejut ya, saya tidak membuat kesalahan yang besar pun. Kesalahan apa? Saya masih menjalani tugas sebagai ketua keluarga," katanya dalam satu wawancara YouTube baru-baru ini.
Kenang yang sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun bersama Tyna enggan terus membuka pekung rumah tangga mereka.
"Saya masih suami Tyna dan tugas saya menjaga nama baik dia," tegasnya.
Tyna, 31, telah membuat permohonan untuk bercerai dengan Kenang selepas timbul dakwaan dirinya curang dan menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baik suaminya.
Lebih perit apabila ada sumber yang mendakwa telah melihat sendiri Tyna bercium dengan lelaki berkenaan di dalam tandas selepas aktiviti berbasikal. Namun, Kenang memaafkan Tyna.
Lapor media Indonesia juga, pelakon Nana Mirdad dan Nasyilla Mirdad juga telah tidak mengikuti akaun Instagram kakak ipar mereka itu.
Perbicaraan kes perceraian mereka akan berlangsung pada 21 September ini.