Pelanggan Gendong Anjing Masuk Kedai, Netizen Puji Cara Kakitangan Kawal Situasi
Perkara pertama yang mungkin kita sering lihat di pintu hadapan pusat beli-belah adalah tanda larangan membawa haiwan kesayangan.
Tidak kira spesies haiwan apa sekalipun, membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah adalah norma yang tidak biasa dilihat khususnya dalam kalangan rakyat tempatan.
Gendong anjing
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang wanita yang mengendong seekor anjing ketika memasuki sebuah kedai gadget dan alat telekomunikasi yang didakwa terletak dalam sebuah pusat beli-belah tempatan.
Melihat pada rakaman video yang viral, kakitangan cawangan kedai itu dilihat begitu bijak dalam mengawal situasi yang melibatkan pelanggan tersebut.
Menerusi satu hantaran di platform X, kakitangan tersebut dipuji, lebih-lebih lagi apabila dia dilihat tenang dalam menjalankan tugasnya pada waktu itu.
“Syabas kepada kakitangan @MachinesAPR kerana dapat mengawal situasi. Anjing tidak dibenarkan untuk dibawa ke pasar raya, inikan pula Penjual Berdaftar (AAR),” ujarnya.
Komen
Berikut merupakan komen-komen yang ditinggalkan netizen:
Sumber: Platform X