Pelawak Popular Bakal Bercerai Selepas 18 Tahun Kahwin, Ini 5 Fakta Mengenai Andre Taulany & Isteri
Baru-baru ini, netizen dikejutkan dengan berita keinginan untuk bercerai antara pelawak dan pengacara popular, Andre Taulany dan isterinya Rien Wartia Trigina.
Berikut merupakan 5 fakta mengenai keluarga Andre Taulany:
Perkahwinan dengan Erin
Andre Taulany mendirikan rumah tangga dengan Rien Wartia Trigina atau lebih dikenali sebagai Erin Taulany pada 17 Desember 2005.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak & Hos Terkenal Dalam Proses Cerai Isteri Lepas 18 Tahun Kahwin
Erin sering muncul menerusi pelbagai acara bersama Andre, menunjukkan sokongan penuh terhadap kerjaya suaminya dalam industri hiburan. Keharmonian dan solidariti mereka sebagai pasangan sering menjadi tumpuan, baik di media mahupun dalam kalangan peminat.
Mempunyai 3 cahaya mata
Hasil perkahwinan selama 18 tahun, Andre Taulany dan Erin Taulany dikurniakan tiga orang anak iaitu Ardio Raihansyah Taulany, Arkenzy Salmansyah Taulany, dan Arlova Carissa Taulany.
ARTIKEL BERKAITAN: "Baby London!" - Lima Tahun Menunggu, Sufi Rashid & Nurulain Bakal Sambut Cahaya Mata Pertama
Manakala, anak kedua mereka, Arkenzy, juga menunjukkan minat yang tinggi dalam pelbagai aktiviti kreatif dan sukan. Keluarga Taulany sering dilihat menghabiskan masa bersama sama ada bercuti atau bermain.
Pereka fesyen
Ister Andre, Erin Taulany merupakan seorang pereka fesyen yang berjaya. Erin mempunyai latar belakang pendidikan dalam reka bentuk fesyen. Ilmu yang dimiliki semakin melengkapkan dirinya dengan kemahiran dan ilmu yang lebih tinggi terutama dalam mencipta pelbagai karya fesyen.
ARTIKEL BERKAITAN: Rizman Ruzaini Tampilkan Busana ‘The Malaya’ Untuk Acara Pembukaan Olimpik 2024, Semat Nilai Patriotik & Kemelayuan
Koleksi rekaan Erin sering dipuji kerana inovasi dan keunikannya. Selain itu, Erin juga aktif sebagai pempengaruh di media sosial. Dia kerap berkongsi trend fesyen terkini, tip gaya fesyen, dan kehidupan seharian sebagai ibu dan isteri kepada seorang selebriti terkenal.
Penceraian
Bahtera rumah tangga yang telah berlayar selama 18 tahun terpaksa dihentikan dan menemui penghujungnya, di mana Andre Taulany dan isterinya memutuskan untuk bercerai. Ini selepas hakim membenarkan saman cerai yang ditekan pada April 2024.
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
Sumber: Popmama